Puteri UMNO Suarakan Rintihan Rakyat… Sakitnya Untuk Menyara Hidup Sekarang

KUALA LUMPUR, 30 Jan – Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan memaklumkan bahawa beliau banyak menerima keluhan rakyat yang kebanyakannya berdepan masalah kekurangan sumber pendapatan sedangkan harga barangan harian pula makin melambung.

Ujarnya, sekarang rakyat berdepan pelbagai musibah dan ditambah pula dengan kenaikan barangan harian yang melambung.

“Ini termasuk harga ikan, sayur dan yang paling ketara harga minyak masak. Kesemua ini adalah barangan keluaran tempatan,” katanya berkaitan isu terbabit.

Soal beliau, dimana perginya Menteri Pertanian dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna?

“Apa mereka buat selain daripada memberi alasan-alasan yang tersangat bodoh, seperti musim bah. Musim bah dah habis, tapi barangan harian tetap terus naik.

“Usah diperkata harga barangan yang diimport seperti tepung, beras dan gula. Nilai Ringgit jatuh dan ini menyebabkan kos naik.Kenapa dulu ianya dapat dikawal dengan baiknya?”

Gesa beliau kepada menteri yang berkenaan agar fikirlah kesusahan rakyat sekarang.

“Sudahlahlah pendapatan berkurangan, mereka berdepan pula dengan kos-kos barangan keperluan yang melambung tinggi yang menambah lagi kesusahan rakyat. Menteri haruslah berbuat sesuatu untuk meringankan beban rakyat,” katanya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.