COVID-19: 2,985 Kes Baharu, 994 Kes Pulih Hari Ini – KP Kesihatan

PUTRAJAYA, 13 Jan – Sejumlah 2,985 kes harian baharu COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia sebanyak 144,518 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata bilangan kes COVID-19 yang sembuh bagi tempoh sama ialah 994 menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 111,578 kes atau 77.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. […]

» Read more

PKP: Aktiviti Ekonomi Dibenarkan Dengan Had Waktu – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 13 Jan – Sebahagian aktiviti ekonomi dibenarkan beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan yang akan bermula pada 12.01 tengah malam ini dengan waktu operasi antara 6 pagi hingga 8 malam, kecuali bagi aktiviti tertentu. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ini termasuk restoran, kedai makan, penjaja tepi jalan dan beredar serta medan selera namun tidak […]

» Read more

Kos Vaksin Sinovac Murah Kerana Dibotolkan Dalam Negara – Khairy

KUALA LUMPUR, 12 Jan – Kerajaan membayar kos pengeluaran vaksin COVID-19 yang dibangunkan makmal Sinovac dari China dengan harga lebih rendah, berikutan proses pembotolannya dibuat dalam negara. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata Pharmaniaga Bhd (Pharmaniaga), telah diberi tanggungjawab untuk menguruskan proses pembotolan vaksin itu, yang dijangka sedia untuk diedarkan kepada orang ramai akhir Mac ini. […]

» Read more

Pelan Strategik Pengurusan Pandemik Nasional Akan Dilancarkan – Adham Baba

PUTRAJAYA, 12 Jan – Pelan Strategik Pengurusan Pandemik Nasional yang meliputi pengurusan pandemik termasuk wabak COVID-19 dengan menggunakan pendekatan menyeluruh untuk seluruh negara, akan dilancarkan dalam masa terdekat, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. Menurutnya, kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Strategik Pengurusan Pandemik yang dipengerusikan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan 10 kumpulan kerja fokus […]

» Read more

Darurat Bukan Rampasan Kuasa Tentera, Kerajaan Awam Berfungsi Seperti Biasa

KUALA LUMPUR, 12 Jan – Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan Pengisytiharan Proklamasi Darurat bukanlah satu bentuk rampasan kuasa tentera, malah sepanjang tempoh itu kerajaan awam akan terus berfungsi seperti biasa termasuk dalam membendung penularan pandemik COVID-19. Perdana Menteri berkata perintah berkurung tidak akan dilaksanakan sepanjang tempoh darurat dan jentera pentadbiran serta perkhidmatan awam kerajaan persekutuan dan negeri tidak akan terganggu […]

» Read more

Semua Menteri Kabinet Jalani Ujian Saringan COVID-19, Tiga Positif – Dr Adham Baba

PUTRAJAYA, 12 Jan – Semua menteri Kabinet telah menjalani ujian saringan COVID-19, dengan tiga daripadanya disahkan positif, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri r Adham Baba. Tanpa mendedahkan nama mereka yang positif, Dr Adham berkata Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memberi rawatan kepada mereka di fasiliti sedia ada. “Semua yang kita uruskan untuk buat saringan COVID-19 telah dilakukan dan kita akan beri […]

» Read more

Khidmat Untuk Rakyat, Santuni Mangsa Pasca Banjir Jadi Keutamaan – Rahman

LIPIS, 12 Jan – Misi membantu rakyat dan penduduk setempat yang diteggelami air di beberapa kawasan di Parlimen Lipis diteruskan dengan Ahli Parlimennya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad sendiri bersama jenteranya menyantuni mangsa-mangsa banjir. Beliau yang berada di kawasan berkenaan sejak hari pertama kawasan Lipis dilanda banjir tidak lekang tangan turun padang bersama pelbagai pihak yang lain membantu masyarakat setempat […]

» Read more

SOP PKP Lebih Terperinci Diumumkan Esok – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 10 Jan – Susulan pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, prosedur operasi standard (SOP) yang lebih terperinci mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan diumumkan esok, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Ismail Sabri menerusi kenyataan media perkembangan PKP dan PKP Pemulihan hari ini berkata, perkara tersebut bakal diumumkan dalam sidang media hariannya pada […]

» Read more

PKP 14 Hari Di Enam Negeri Mulai Rabu

KUALA LUMPUR, 11 Jan – Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam negeri – Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah – untuk tempoh 14 hari bermula Rabu (13 Jan) hingga 26 Jan. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata enam lagi negeri – Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu […]

» Read more

Melaka Tumpu Tujuh Inti Pati Realisasi Dasar, Perancangan

MELAKA, 11 Jan – Kerajaan negeri Melaka menekankan tujuh inti pati penting kepada semua penjawat awam dalam usaha merealisasikan segala dasar-dasar dan pelan perancangan termasuk Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya 2035 dan Belanjawan 2021 Melaka. Ketua Menterinya Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata ia seiring dengan matlamat 2021 adalah Tahun Pelaksanaan untuk memastikan segala polisi, inisiatif dan program yang telah […]

» Read more
1 1,343 1,344 1,345 1,346 1,347 1,939