Giatkan Kempen Kesedaran, Masyarakat Perlu Dididik Ilmu Pengurusan COVID-19 – Jalaluddin

KUALA LUMPUR, 23 Jan – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Jalaluddin Alias menyeru kepada pihak kerajaan selain daripada usaha barisan hadapan mengawal dan membendung wabak COVID-19, kempen kesedaran juga perlu dilaksanakan secara seiring. Kata Ahli Parlimen Jelebu itu, masyarakat perlu dididik dan disedarkan tentang ilmu pengurusan COVID-19 secara menyeluruh sama ada dari aspek fizikal ataupun mental. “Semua pihak di […]

» Read more

PKPD Di Blok Tahanan, Kuarters Depot Tahanan Imigresen Pekan Nenas, Pontian Bermula Esok

KUALA LUMPUR, 22 Jan – Blok Tahanan dan Kuarters Depot Tahanan Imigresen Pekan Nenas, Pontian, Johor dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula esok sehingga 5 Feb ini. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan dibuat atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) susulan hasil saringan COVID-19 di tempat berkenaan yang mendapati 177 daripada 360 saringan dikesan positif […]

» Read more

COVID-19: 18 Kematian Terbaru, Kes Kematian Harian Tertinggi – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 22 Jan – Wabak COVID-19 di Malaysia meragut 18 lagi nyawa hari ini iaitu jumlah kematian tertinggi dilaporkan dalam sehari manakala 3,631 kes baharu dan 2,554 kes sembuh direkodkan. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, perkembangan terbaharu ini menjadikan kes kematian akibat pandemik maut itu sehingga kini ialah 660, sementara kumulatif kes baharu 176,180 […]

» Read more

Masjid, Surau Di Pahang Sedia Ruang Khas Solat Bagi Penduduk Kembali Dari Luar, Musafir

KUANTAN, 22 Jan – Penduduk Pahang yang keluar dan kembali semula ke negeri ini serta individu yang bermusafir dari luar Pahang, diwajibkan menggunakan ruang khas solat dalam tempoh 10 hari sekiranya mahu menunaikan solat fardu dan solat Jumaat di masjid dan surau di negeri ini. Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Datuk Dr Zulkifle Ali berkata pihaknya telah mengarahkan pentadbiran […]

» Read more

Top Glove Tawar Kerja, Pastikan Kebajikan Dan Keselamatan Pekerja Dititikberatkan – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 22 Jan – Usaha Top Glove Corporation Bhd menawarkan 9,000 peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan dihargai, namun keselamatan dan kebajikan mereka perlu dititikberatkan, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Syarikat itu perlu memastikan semua bakal pekerjanya menjalani ujian saringan COVID-19, bagi mengelakkan jangkitan baharu dalam kalangan mereka, selain menyediakan kemudahan penginapan bagi mereka yang […]

» Read more

22 Loji Rawatan Air Di Sabah Bermasalah, Perlu Diselesaikan Segera – Bung Moktar

KOTA KINABALU, 22 Jan – Sebanyak 22 loji rawatan air di Sabah mengalami masalah dan perlu diatasi segera bagi memastikan penduduk di kawasan berkenaan menerima bekalan air bersih, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin. Beliau yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata Sabah mempunyai 84 loji rawatan air dan 22 loji berkenaan telah dikenal pasti mengalami […]

» Read more

Rapatkan Saf UMNO, Realitikan ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’ – Veteran UMNO

KUALA LUMPUR, 22 Jan – Ahli-ahli UMNO diseru untuk sentiasa merapatkan saf di bawah slogan parti iaitu ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat.’ Menurut Setiausaha Agung Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub yang memandang berat dan menzahirkan rasa bimbang dengan situasi pandangan terbuka melalui media sosial dan cetak yang melibatkan segelintir pemimpin parti. “Veteran tidak menafikan sebagai sebuah parti besar yang mempunyai lebih 3 […]

» Read more

Banjir: Pengecualian Sewa Gerai, Rebat Air Bagi Rakyat Pahang

BERA, 21 Jan – Kerajaan negeri Pahang akan memberi pengecualian sewa pada bulan ini kepada penyewa gerai milik pihak berkuasa tempatan (PBT) yang terkesan akibat banjir bagi membantu meringankan beban mereka. Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata bagi gerai yang mengalami kerosakan teruk pula, penyewa tidak perlu membayar sewa sehingga kerja-kerja membaik pulih selesai dilaksanakan. “Ramai terkesan […]

» Read more

PdP: Kerajaan Perlu Dengar Rintihan Ibu Bapa – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 21 Jan – UMNO menggesa kerajaan cakna dengan permasalahan yang dihadapi oleh ibu bapa terutamanya berkenaan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara atas talian di rumah. Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata banyak rungutan yang diterima beliau semalam iaitu hanya selepas sehari PdP mula dilaksanakan di seluruh negara. “Ramai mengadu di Facebook saya tentang kekangan dihadapi […]

» Read more

Lanjutkan Waktu Operasi Perniagaan Makanan Sehingga Jam 10 Malam – Mahdzir

KUALA LUMPUR, 21 Januari 2021 – Kerajaan digesa supaya melanjutkan waktu operasi restoran dan kedai makan yang tertakluk di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga jam 10 malam. Menurut Naib Presiden UMNO, Dato’ Seri Mahdzir Khalid, kelonggaran waktu operasi sektor ekonomi itu akan memberi pelbagai kesan positif kepada pelbagai pihak. Kerajaan katanya, wajar mempertimbangkan cadangan itu kerana syarat penutupan operasi […]

» Read more
1 1,338 1,339 1,340 1,341 1,342 1,938