Jepun Mahu Sumbang Vaksin AstraZeneca Kepada Malaysia

KUALA LUMPUR, 15 Jun – Kerajaan Jepun akan menyumbang vaksin AstraZeneca yang dikeluarkan di Jepun kepada Malaysia, Indonesia, Filipina dan Thailand, umum Menteri Luar Motegi Toshimitsu pada Selasa. Menurut Kedutaan Jepun di Malaysia, menteri itu berkata vaksin akan dihantar mulai Julai, jika keadaan mengizinkan, dan akan segera membuat penyelarasan. “Berdasarkan pengumuman Menteri Luar hari ini, Kedutaan Jepun di Malaysia akan […]

» Read more

PKPD Di Beberapa Lokaliti Di Sarawak, Sabah Mulai Khamis Hingga 30 Jun

KUALA LUMPUR, 15 Jun – Dua perkampungan di Sarawak dan beberapa lokaliti di Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai Khamis ini hingga 30 Jun, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata di Sarawak, kawasan dikenakan PKPD ialah Kampung Goebilt dan Kampung Muara Tebas di Kuching, yang masing-masing merekodkan 24 dan 22 kes positif […]

» Read more

KPLB Sedia Gerak KEMAS, Lembaga Kemajuan Wilayah Bantu Program Vaksinasi

LIPIS, 15 Jun – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) bersedia menggerakkan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Lembaga Kemajuan Wilayah di bawahnya bagi membantu urusan pendaftaran vaksin COVID-19 penduduk pedalaman dan Orang Asli. Timbalan Menteri KPLB 1 Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata pihaknya juga bersedia ‘membuka’ fasiliti KEMAS atau mana-mana agensi di bawah kementerian untuk dijadikan sebagai pusat pemberian vaksin […]

» Read more

Pelan Pemulihan Negara Boleh Kembalikan Penghidupan Harian Biasa – PM

KUALA LUMPUR, 15 Jun – Perdana Menteri mengumumkan Pelan Pemulihan Negara yang diyakini dapat mengembalikan penghidupan harian biasa menjelang akhir tahun termasuk mengadakan semula sesi persidangan Parlimen pada September atau Oktober. Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pelan itu adalah satu strategi peralihan keluar dari kemelut pandemik COVID-19 merangkumi empat fasa yang akan melibatkan pelan peralihan fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) […]

» Read more

Pandangan Pemimpin Politik Dibincangkan Raja-Raja Melayu Esok

KUALA LUMPUR, 15 Jun – Pandangan yang dikemukakan pemimpin politik ketika sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong sejak Rabu lepas hingga hari ini akan disembah maklum kepada Raja-Raja Melayu dalam satu perbincangan khas di Istana Negara esok. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata beberapa pakar dari agensi kerajaan turut dijadual memberi sembah taklimat mengenai hal-hal berkaitan […]

» Read more

Fasa Empat Program Imunisasi Dilaksana Di Labuan Dalam Tempoh Terdekat

SHAH ALAM, 15 Jun – Fasa Empat Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan sebagai fasa kawalan wabak, akan dilaksanakan di seluruh Labuan dalam tempoh terdekat bagi membendung jangkitan pandemik itu di kawasan wilayah persekutuan tersebut, kata Menteri Penyelaras program itu Khairy Jamaluddin. Khairy berkata, program vaksinasi di Labuan tidak lagi dilakukan sebagaimana fasa biasa susulan peningkatan kes COVID-19 yang mendadak di pulau […]

» Read more

13,500 OKU Akan Divaksin Di PPV Pandu Lalu Pertama Di Malaysia

PETALING JAYA, 15 Jun – Seramai 13,500 warga Orang Kurang Upaya (OKU) di Lembah Klang dijangka menerima vaksin COVID-19 di pusat pemberian vaksin (PPV) untuk golongan itu secara pandu lalu yang pertama di negara ini. Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin berkata PPV itu, yang akan memulakan operasi esok di Menara Sime Darby Plantation, Ara Damansara dari 9 […]

» Read more

PBKD Lulus Pemberian Vaksin Pfizer Kepada Golongan Umur 12 Tahun Ke Atas

KUALA LUMPUR, 15 Jun – Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) ke-359 (DCA) hari ini meluluskan penggunaan vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech, kepada golongan yang berumur 12 tahun dan ke atas. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Comirnaty sebelum ini diluluskan pendaftaran bersyarat pada 8 Jan lalu, bagi tujuan imunisasi aktif kepada individu yang berusia 18 tahun […]

» Read more

Kes Sebar Berita Palsu Turun 83 Peratus Berbanding PKP 1.0 – Zahidi

KUALA LUMPUR, 15 Jun – Kes penyebaran berita palsu turun sebanyak 83 peratus ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 berlangsung berbanding ketika PKP 1.0 pada tahun lepas. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata penurunan itu bermakna kerajaan berjaya mengekang pihak yang gemar membuat berita palsu serta fitnah dan membanteras berita seumpamanya dengan bantuan media. “Kertas […]

» Read more

Moratorium Pukal Tanpa Faedah, Bank Juga Harus Berkorban

KUALA LUMPUR, 15 Jun – ‘Total lockdown’ sudah bersambung dua minggu lagi namun moratorium pukal tanpa faedah masih tidak kesampaian, kata Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Tegas Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu, rakyat berkorban demi Malaysia yang lebih kuat dalam melawan pandemik sewajibnya bank juga harus berkorban. “Laporan 2020 juga mendedahkan bank masih lagi untung tatkala ada […]

» Read more
1 1,271 1,272 1,273 1,274 1,275 1,959