COVID: Kadar Kebolehjangkitan 1.15 Setakat Semalam, Putrajaya Tertinggi

KUALA LUMPUR, 12 Julai – Kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 dalam negara setakat semalam adalah 1.15, dengan Putrajaya mencatat nilai Rt tertinggi pada 1.31. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata negeri lain yang mencatatkan Rt melebihi 1.0 ialah Selangor dengan nilai Rt (1.18), Kuala Lumpur dan Kedah masing-masing (1.17), Pahang (1.14) serta Sabah, […]

» Read more

Sarawak Beralih Ke Fasa Dua PPN Mulai Rabu Ini – TPM

KUALA LUMPUR, 12 Julai – Sarawak merupakan negeri terbaharu yang beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa Rabu ini. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu dibuat setelah meneliti nilai-nilai ambang negeri tersebut. “Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju untuk membuat peralihan fasa bagi negeri Sarawak daripada Fasa 1 ke Fasa 2 […]

» Read more

Permohonan Pengeluaran i-Citra Dibuka, Bantu Kelangsungan Hidup

KUALA LUMPUR, 12 Julai – Permohonan pengeluaran i-Citra bagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berusia 55 tahun ke bawah mula dibuka hari ini, tiga hari lebih awal daripada tarikh ditetapkan. Pemerhatian Bernama di laman rasmi Facebook KWSP mendapati pengumuman mengenai pembukaan permohonan dibuat seawal 11.34 malam semalam, dan berdasarkan komen pengguna Facebook, ramai telah mula memohon i-Citra sejak tengah […]

» Read more

SOP Di KLIA Terperinci, Selamat Untuk Atlet – Reezal Merican

KUALA LUMPUR, 12 Julai – Kementerian Belia dan Sukan, Malaysia Aviation Group (MAG) dan Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) telah mengaplikasi prosedur operasi standard (SOP) ketat bagi memastikan keselamatan kontinjen negara yang berlepas ke Olimpik Tokyo berada pada tahap terbaik berikutan wabak COVID-19. Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, yang mengadakan tinjauan di Lapangan Terbang Antarabangsa […]

» Read more

291,217 Dos Suntikan Vaksin COVID-19 Diberi Semalam – Dr Adham

KUALA LUMPUR, 12 Julai – Sebanyak 291,217 dos suntikan vaksin COVID-19 diberikan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin di seluruh negara kini 11,366,710 dos. Menerusi hantaran di Twitter hari ini, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba memaklumkan daripada jumlah pemberian dos harian itu, sebanyak 190,186 adalah dos pertama manakala 101,031 adalah dos kedua. Beliau berkata lima negeri yang mencatatkan […]

» Read more

Tujuh Lokaliti Di Sabah, Satu Di Kelantan Dikenakan PKPD – TPM Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 11 Julai – Tujuh lokaliti di Sabah dan satu di Kelantan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai Selasa ini sehingga 26 Julai, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata lokaliti di Sabah melibatkan Kampung Jempangah dan Kampung Rancangan Klias di Beaufort; Kampung Tebongon (Putatan); Borneo Timber (Tongod) serta Jalan Pasir, Likas, Kampung Kuala […]

» Read more

HSO Antara Penerima Bantuan Bakul Makanan Di Parlimen Kota Tinggi

KOTA TINGGI, 11 Julai – Penduduk yang menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) antara yang akan diberi keutamaan untuk menerima bantuan bakul makanan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) bagi Parlimen Kota Tinggi. Ahli Parlimennya yang juga Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata mereka menjadi keutamaan kerana mempunyai kekangan pergerakan termasuk membeli barangan keperluan harian […]

» Read more

Vaksinasi Lepasi Kadar Purata Dunia, Malaysia Di Landasan Tepat Capai Imuniti Kelompok – TPM

KUALA LUMPUR, 11 Julai – Kemajuan kadar vaksinasi harian di Malaysia yang kini melepasi kadar purata per kapita vaksinasi dunia, memberi gambaran Malaysia berada di landasan yang tepat dalam usaha mencapai imuniti kelompok, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata perkembangan itu membolehkan negara mencapai imuniti kelompok dalam masa terdekat dan seterusnya dapat kembali kepada kehidupan […]

» Read more

Atlet Negara Tunjuk Semangat Luar Biasa Buru Kejayaan Di Tokyo – Reezal Merican

KUALA LUMPUR, 11 Julai – Kesemua 30 atlet negara yang bakal mengharung cabaran di Sukan Olimpik Tokyo bermula bulan ini menunjukkan semangat luar biasa untuk melakar kejayaan di temasya sukan berprestij itu, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican. Beliau berkata ia dapat dilihat dalam persediaan dan kesungguhan mereka, meskipun berdepan pelbagai cabaran serta kesukaran susulan […]

» Read more

Formula Khas Perlu Untuk Bantu Pengusaha Pelancongan Pulau Pangkor – Zambry

LUMUT, 11 Julai – Kerajaan Perak perlu mencari formula khas bagi membantu pengusaha pelancongan secara berterusan berikutan sektor berkenaan terjejas dalam tempoh yang lama akibat pandemik COVID-19. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata pemberian bantuan secara ‘one-off’ tidak bersesuaian ketika ini dan satu perancangan khas bagi tempoh panjang diperlukan bagi membantu sektor berkenaan […]

» Read more
1 1,241 1,242 1,243 1,244 1,245 1,953