11,618 Kes Baharu Hari Ini, Tertinggi Sejak Pandemik Melanda Negara – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 14 Julai – Angka kes baharu COVID-19 hari ini mencatatkan sebanyak 11,618 kes, iaitu rekod harian tertinggi sejak pandemik itu melanda negara, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata perkembangan baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia sebanyak 867,567, manakala tiga negeri mencatatkan kes baharu empat digit hari ini ialah Selangor 5,051 […]

» Read more

Bekalan Vaksin Baharu Dijangka Tiba Minggu Depan Untuk Rakyat Perak – MB

IPOH, 14 Julai – Berita baik menanti rakyat Perak apabila lebih ramai akan menerima vaksin sebaik sahaja bekalan daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) tiba seperti dijadualkan minggu depan, kata Menteri Besar Datuk Saarani Mohamad.  Beliau berkata pihaknya yakin jumlah penerima akan bertambah dan bilangan dos vaksin juga akan mencukupi bagi semua rakyat Perak sebaik bekalan baharu itu tiba. […]

» Read more

Lima Lokaliti Dikenakan PKPD Mulai Jumaat – TPM

KUALA LUMPUR, 14 Julai  – Empat lokaliti di Sabah dan satu di Sarawak diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai Jumaat sehingga 29 Julai, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata lokaliti di Sabah membabitkan Kampung Lubak di Beaufort; Blok 2, Blok 6 & Blok 9 di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Mesra (Sandakan); […]

» Read more

Lihat Semula Strategi Tangani Pandemik Covid19… Jangan Merancang Kegagalan – Khaled

KUALA LUMPUR, 14 Julai – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berpandangan perkembangan terkini pandemik COVID-19 menuntut kepada keperluan untuk melihat semula strategi dan strategi baharu yang lebih bersesuaian serta berkesan. Menurut beliau baru-baru ini Ketua Pengurusan Bahagian Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Brigedier Jeneral Dr. Mohd Arshil Moideen, mendedahkan bahawa ketiadaan koordinasi dan perancangan bersepadu adalah […]

» Read more

Pekebun Getah…Antara Yang Terkandung Di Dalam 55 Cadangan UMNO – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 14 Julai – Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan berkongsi salah satu daripada 55 cadangan yang dibawa kepada Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dengan memberi penekanan kepada golongan pekebun getah. Menurut beliau yang juga Setiausaha Agung UMNO semua golongan rata-rata terkesan hari ini dan pekebun kecil getah juga tidak dapat lari daripada menerima […]

» Read more

Zahid Kongsi Kerisauan Kes Harian COVID-19 Cecah Lima Angka

KUALA LUMPUR, 14 Julai – Apa yang dikhuatiri akhirnya telah jadi kenyataan dan apa yang telah mereka ramalkan telah pun berlaku, demikian lontaran Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Menerusi perkongsiannya di Facebook, beliau seterusnya menegaskan kes jangkitan harian COVId-19 di Malaysia sudah pun mencapai lima angka iaitu lebih 11,000. “Hujah peningkatan itu disebabkan proses saringan dipertingkat “not […]

» Read more

Angka Tertinggi Kes Harian COVID-19 : Kerajaan Perlu Ubah Cara Serta Pendekatan – Adnan Seman

KUALA LUMPUR, 14 Julai – Dengan jumlah kes jangkitan terus meningkat dan jumlah kematian juga terus meningkat sesuatu yang drastik perlu dilakukan. Sedih bila terbaca dalam kalangan 135 yang meninggal dunia termasuk juga tiga  ibu hamil bersalin ‘czer’ yang tidak sempat cium bayi yang lahir, demikian luahan Timbalan Ketua UMNO Bandar Tun Razak, Datuk Adnan Seman. Menerusi perkongsiannya di Facebook, […]

» Read more

Terima Kasih Atas Kepercayaan, Kita Laksanakan Bersama Yang Terbaik Untuk Parti – Mohamad

KUALA LUMPUR, 14 Julai – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mengucapkan terima kasih atas kepercayaan Presiden parti itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang memberikan kepercayaan terhadapnya sebagai Pengarah Pilihan Raya UMNO Malaysia. Menerusi kenyataan ringkas di dalam Facebooknya, Mohamad yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berharap untuk sama-sama melakukan yang terbaik untuk parti berdepan Pilihan […]

» Read more

KKM Tambah Petugas, Sukarelawan Di Lembah Klang Dan Negeri Sembilan

PUTRAJAYA, 13 Julai – Kementerian Kesihatan (KKM) memutuskan untuk menambah segera 1,190 petugas kesihatan dan 5,000 sukarelawan bagi menyokong penyampaian perkhidmatan kesihatan di Selangor, Kuala Lumpur serta Negeri Sembilan. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata KKM turut menggerakkan 417 petugas kesihatan dari negeri lain ke tiga negeri terbabit bagi menangani peningkatan pandemik itu. Beliau berkata bagi menambah baik […]

» Read more

UMNO Bawa Cadangan Demi Rakyat… SUA Harap Kerajaan Bentang PPN Di Parlimen

KUALA LUMPUR, 13 Julai – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berharap kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan membentangkan Pelan Pemulihan Negara (PPN) di Parlimen untuk dibahaskan demi kepentingan rakyat. Katanya, UMNO telah menyampaikan 55 cadangan yang antaranya membuka sidang Parlimen secara bersemuka dan membahaskan Ordinan Darurat. “UMNO juga mencadangkan segerakan vaksinasi imuniti kelompok seawal bulan Okt, mudahkan bantuan KWSP, […]

» Read more
1 1,239 1,240 1,241 1,242 1,243 1,953