Angka Tertinggi Kes Harian COVID-19 : Kerajaan Perlu Ubah Cara Serta Pendekatan – Adnan Seman

KUALA LUMPUR, 14 Julai – Dengan jumlah kes jangkitan terus meningkat dan jumlah kematian juga terus meningkat sesuatu yang drastik perlu dilakukan. Sedih bila terbaca dalam kalangan 135 yang meninggal dunia termasuk juga tiga  ibu hamil bersalin ‘czer’ yang tidak sempat cium bayi yang lahir, demikian luahan Timbalan Ketua UMNO Bandar Tun Razak, Datuk Adnan Seman.

Menerusi perkongsiannya di Facebook, beliau menegaskan perlunya semua pihak melihat bahawa virus berkenaan sangat berbahaya dan semestinya kerajaan juga perlu mengubah cara mahu pun pendekatan dalam menghadapi perkara terbabit.

“Semua pihak perlu menyedari betapa COVID-19 ini virus yang sangat berbahaya dan kita perlu tingkatkan usaha kita bersama menjaga SOP dan pencegahan. Kerajaan pula perlu mengubah cara dan pendekatan yang diambil. Pendekatan dan PKP yg dikenakan ini nampaknya gagal dan takkanlah nak terus melakukan perkara yg sama,” katanya.

Kata beliau lagi jumlah mereka yang dijangkiti melepasi angka 10,000 merupakan petanda bahawa perlu dilaksanakan langkah yang lebih lagi dan sebagainya dalam mengekang pandemik berkenaan.

“Kilang-kilang industri yang mempunyai jumlah pekerja yang ramai yang sudah pun terbukti menjadi tempat penyebaran COVID-19 dalam peratusan yang besar dan kemudiannya membawa pula kepada komuniti perlu dilihat kembali SOP dan sekatan yg dikenakan. Jumlah telah melepasi angka 10K dan ini adalah petanda kita perlu lakukan lebih lago.  Lakukan segera langkah-langkah pencegahan agar lebih banyak nyawa dapat diselamatkan,” tambahnya. – UMNO Online

 

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.