UMNO Bangi Mendesak Mahiaddin Dan Takiyuddin Letak Jawatan – Dr Mohd Zaidi

KUALA LUMPUR, 2 Ogos – UMNO Bahagian Bangi mendesak Perdana Menteri, Tan Seri Mahiaddin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri , Datuk Seri Takiyuddin bertanggunjawab di atas tindakan mereka yang bersifat derhaka kepada ke bawah Duli Tuanku Yang Di Pertuan Agong (YDPA) dengan meletak jawatan secara terhormat dalam kadar segera. Ketuanya, Datuk Dr  Mohd Zaidi Mohd Zain memberikan penegasan pendirian […]

» Read more

Tindakan Radikal Untuk Putuskan Rantaian COVID-19 – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 2 Ogos – Selagi tidak ada pendekatan yang radikal untuk menutup semua sektor dalam tempoh 14 hari terutamanya sektor perkilangan yang menjadi penyumbang utama kepada penularan COVID-19, selagi itulah kita sukar untuk memutuskan rantaian virus, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Persoalannya, selagi tidak putus rantaian virus ini selagi itulah kes-kes akan terus meningkat, […]

» Read more

21 Lokaliti Di Terengganu Dikenakan PKPD – Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 1 Ogos – Sebanyak 21 lokaliti di Terengganu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 3 Ogos hingga 16 Ogos ini. Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata ia melibatkan Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Anak Ikan, Mukim Jabi di Besut; sembilan lokaliti di Mukim Kuala Dungun dan 11 lokaliti di Mukim Sura. […]

» Read more

Perlis Mahu Hadkan Pergerakan Rentas Negeri Bagi Tenaga Kerja, Ziarah

KANGAR, 1 Ogos – Kerajaan Perlis mahu aktiviti merentas negeri melibatkan tenaga kerja serta ziarah tidak dibenarkan atau dihadkan bagi mengekang penularan wabak COVID-19. Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man berkata data daripada Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perlis menunjukkan sebahagian besar peningkatan kes COVID-19 di negeri ini berpunca daripada aktiviti rentas negeri. Azlan berkata individu terbabit merentas negeri dengan kebenaran […]

» Read more

Semua Guru Dijangka Terima Vaksin Sebelum September

KOTA TINGGI, 1 Ogos – Seramai 85,000 guru di seluruh negara yang masih belum mendapat suntikan vaksin COVID-19, dijangka menerima sekurang-kurangnya dos pertama vaksin itu sebelum sesi persekolahan dibuka September ini. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata ketika ini senarai penuh nama guru telah diberikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) dalam memastikan […]

» Read more

Jambatan Kampung Seberang Guai Dijangka Siap Pada September – Ismail Sabri

BERA, 1 Ogos – Jambatan Kampung Seberang Guai, di sini dijangka siap sepenuhnya dan dibuka untuk kegunaan orang ramai pada hujung September depan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata pembinaan jambatan yang dapat memanfaatkan kira-kira 2,000 penduduk sekitar kawasan itu sudah 98 peratus siap setakat ini. “Saya difahamkan kerja-kerja tambahan seperti membuat tembok penahan bernilai […]

» Read more

Hishammuddin Ketuai Delegasi Malaysia Ke Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Asean Bermula Isnin

PUTRAJAYA, 1 ​​Ogos – Menteri Kanan Luar Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dijadual mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-54 (AMM ke-54) dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan bermula esok (2 Ogos) sehingga 7 Ogos. Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan semua mesyuarat itu diadakan menerusi sidang video dan dihoskan Brunei Darussalam selaku Pengerusi ASEAN 2021. “AMM ke-54 kali ini […]

» Read more

50 Peratus Penduduk Dewasa Lengkap Dua Dos Vaksin Menjelang 31 Ogos – Khairy

JEMPOL, 1 Ogos – Kerajaan optimis dapat mencapai sasaran 50 peratus penduduk berumur 18 tahun ke atas di negara ini aklan melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19 menjelang 31 Ogos ini, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin. Beliau berkata sasaran itu mampu dicapai susulan kadar vaksinasi yang tinggi ketika ini selain 29 peratus daripada penduduk dewasa […]

» Read more

Vaksinasi Harian COVID-19 Melebihi 500,000 Dos Enam Hari Berturut-turut

KUALA LUMPUR, 1 Ogos – Jumlah vaksinasi harian COVID-19 di negara ini mencatat angka melebihi 500,000 dos selama enam hari berturut-turut dengan 519,111 dos suntikan diberikan semalam. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi perkongsian infografik di Twitternya berkata daripada jumlah yang diberikan semalam, sebanyak 316,492 adalah dos pertama manakala 202,619 lagi dos kedua. Secara kumulatifnya, sebanyak 20,533,660 dos […]

» Read more

PKPD Di Tujuh Lokaliti Di Sabah Dan Dua Di Pahang – Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 31 Julai – Tujuh lokaliti di Sabah dan dua di Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai Isnin ini, kata Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Beliau berkata di Sabah, lima lokaliti di Kota Kinabalu dikenakan PKPD sehingga 14 Ogos iaitu melibatkan Lorong Kuala Laut Likas; Kampung Warisan; Kampung Darau, Menggatal; Kampung […]

» Read more
1 1,219 1,220 1,221 1,222 1,223 1,952