21 Lokaliti Di Terengganu Dikenakan PKPD – Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 1 Ogos – Sebanyak 21 lokaliti di Terengganu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 3 Ogos hingga 16 Ogos ini.

Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata ia melibatkan Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Anak Ikan, Mukim Jabi di Besut; sembilan lokaliti di Mukim Kuala Dungun dan 11 lokaliti di Mukim Sura.

“Sembilan lokaliti di Mukim Kuala Dungun ialah Kubang Miang, Teratai, Teluk Lipat, Alor Tembesu, Sura Utara, Batu 48, Sura Gate, Bukit Chatak dan Tembesu Akar.

“Sebelas lokaliti di Mukim Sura adalah Batu 5, Sura Tengah, Alor Tempoyak, Taman Rakyat Jaya, Taman Delima Batu 6, Balai Besar, Sura Melati, Batu 7, Paya Balai Besar, Pak Sabah dan Sura Lapangan Terbang,” katanya dalam satu kenyataan mengenai Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan PKPD hari ini.

Selain itu, Kampung Tagibang, Kota Marudu dan Perumahan Ladang Hibumas 2, Mukim Sungai-Sungai, Beluran di Sabah turut dikenakan PKPD mulai 3 Ogos hingga 16 Ogos ini.

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata PKPD di Kampung Lepah dan Kampung Alor Hijau di Pasir Puteh, Kelantan serta empat lokaliti di Sabah yang dijadualkan tamat esok, dilanjutkan sehingga 16 Ogos.

Katanya empat lokaliti berkenaan adalah Ladang Agathis, Kalabakan; Kampung Nosoob, Penampang; Kampung Gusung, Likas dan Kampung Bakalau, Beaufort, Sabah.

Sementara itu, beberapa PKPD di Perak, Sabah dan Pahang ditamatkan esok mengikut jadual.

Ia melibatkan 10 lokaliti di Mukim Batang Padang, Perak iaitu Taman Tapah/Taman Bunga Raya/ Kampung Datuk, Taman Sri Tapah, Kampung Baru Kampung Pahang, Kampung Tanah Mas, Taman Sri Damai 1 dan Taman Sri Damai 2, Taman Sri Asoka, Kampung Batu 5 Tapah Road, Kampung Batu Melintang, Taman Tapah 2, Kampung Baru Pekan Getah

Penamatan itu turut melibatkan Taman Awam 3 Bidor/Taman Permata Bidor; Taman Sri Bidor; Taman Bidor Jaya/Kampung Cegar Tambahan/Kampung Cegar; Kampung Batu 19 ½; Kampung Batu 20 dan Taman Melor Fasa 1, Perak
“PKPD juga ditamatkan di Kampung Serudung Baru, Tawau; Taman Teluk Likas; Taman Kurnia Jaya; Kuarters Kilang Permai Kaya, Kota Kinabalu; Kampung Long Kiangan; Kampung Ranau-ranau; Kampung Solob; Kampung Tunas Baru, Sipitang.

(Penamatan itu) Turut melibatkan Kampung Muhibbah, Beaufort; Kampung Dandulit Matunggong, Kudat, Sabah dan Kampung Orang Asli Ruai, Batu Talam, Raub, Pahang,” katanya.

Mengenai operasi pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) semalam, Hishammuddin berkata 59 premis diarahkan tutup serta merta ekoran kegagalan mematuhi SOP.

Sementara itu, seramai 207 individu dikompaun kerana ingkar SOP dan 28 lagi direman manakala bagi Op Benteng, dua pendatang tanpa izin ditahan serta lima kenderaan darat dirampas, semalam

Beliau berkata sebanyak 890 sekatan jalan raya (SJR) telah dilaksanakan di seluruh negara, semalam. – BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.