Seluruh Warga Pengajian Tinggi Divaksin Menjelang Oktober

KUALA LUMPUR, 6 Ogos – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) bersetuju untuk memberi vaksin kepada seluruh warga pengajian tinggi menjelang Oktober depan, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad. Noraini berkata pemberian vaksin yang dijalankan secara berperingkat itu adalah sebagai usaha untuk mewujudkan gelembung kampus di institusi pengajian tinggi (IPT). “Dengan usaha […]

» Read more

Rapatkan Saf Kepimpinan, Perkukuh Parti… Bantu Rakyat Terjejas COVID-19 – Azeez Rahim

KUALA LUMPUR, 6 Ogos – Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abd Azeez Abdul Rahim menegaskan beliau sentiasa memberikan taat setia yang sepenuhnya kepada sebarang keputusan parti. Beliau juga mengajak para pimpinan dan ahli parti untuk merapatkan saf bagi memperkukuhkan parti dan bersama membantu rakyat yang kini terjejas dengan pandemik COVID-19. “Saya adalah ahli parti, saya setia kepada parti saya dan […]

» Read more

Tunai Kehendak Parti Adalah Keutamaan – Noh Omar

KUALA LUMPUR, 6 Ogos – “Tanpa parti siapalah saya,” demikian luahan Ahli Parlimen Tanjung Karang Tan Sri Noh Omar yang tetap akur dengan keputusan yang ditetapkan parti. Jelas Noh lagi, sebagai pemimpin yang berjiwa besar beliau juga sedar bahawa parti serta sokongan daripada ahli yang menjadi pendokong kepada beliau selama ini. “Saya akur dan akan bersama dengan parti untuk tunai […]

» Read more

Sejak Bila Ada Dua Majlis Pemulihan Negara? – Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 6 Ogos – “Maaf, saya keliru. Apakah negara hari ini ada dua Majlis Pemulihan Negara (MPN)?” Demikian luahan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkenaan MPN yang diadakan semalam secara maya yang dipengerusikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. “Satu yang dipengerusikan oleh Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, satu lagi Tun Dr Mahathir. […]

» Read more

Pembukaan Sekolah Perlu Diperhalusi, Ambil Kira Risiko Varian Baharu – Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 6 Ogos – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menggesa agar kerajaan memperhalusi lebih teliti berkenaan pembukaan sekolah pada awal September dengan mengambil kira risiko besar penularan varian baharu COVID-19. Ketuanya, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata dengan angka kes baharu COVID -19 yang kini sudah mencecah 20,000 kes harian beliau tidak mahu para pelajar ini terdedah dengan varian baharu yang […]

» Read more

PICK: Jumlah Pemberian Vaksin COVID-19 Cecah 23 Juta Dos

KUALA LUMPUR, 6 Ogos – Sebanyak 23,161,255 dos vaksin COVID-19 telah diberikan menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi perkongsian infografik di Twitternya memaklumkan daripada jumlah itu, seramai 15,162,424 orang menerima suntikan dos pertama manakala 7,998,831 orang menerima dos kedua. “Mengikut peratusan, 46.4 peratus daripada populasi negara telah mendapat dos pertama, […]

» Read more

PKPD Dikenakan Di Lima Lokaliti Melibatkan Empat Negeri – Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 5 Ogos – Lima lokaliti di Sabah, Kelantan, Kedah dan Pahang, dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuat kuasa Sabtu ini hingga 20 Ogos depan. Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, di Sabah, lokasi dikenakan PKPD iaitu di Tawau melibatkan Kampung Baru Pasir Putih dan Kampung Wallace Bay, Pulau Sebatik dan satu […]

» Read more

Laporan Polis Terhadap PM, Kenyataan Campurtangan Urusan Mahkamah Amat Serius

ALOR SETAR, 5 Ogos – Pergerakan Pemuda UMNO Kedah membuat dua laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar hari ini bagi meminta polis menjalankan siasatan terhadap kenyataan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang media semalam yang mana beliau menyebut mengenai adanya unsur mempengaruhi beliau supaya campurtangan urusan mahkamah dalam perbicaraan kes jenayah individu tertentu. Ketuanya, Syed […]

» Read more

Pemimpin UMNO Kleptokrat?… Ada Usaha Perlekeh Kepimpinan Melayu – Tg Adnan

KUALA LUMPUR, 5 Ogos – Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor membidas pemimpin Dap, Tony Pua ekoran persoalan yang ditimbulkannya dengan menganggap semua pemimpin UMNO kleptokrat. Katanya, dakwaan bahawa pemimpin UMNO semua kleptokrat adalah tuduhan yang amat berat dan tidak adil. “Beliau mempersoalkan andai pemimpin UMNO kembali menjadi PM, sebenarnya persoalan tersebut amat wajar jika diajukan kepada rakan-rakan […]

» Read more

Tragedi ‘Katak Melompat’ Berulang… Ingat Rakyat Sedang Menilai – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 5 Ogos – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, dalam tempoh beberapa minggu ini rakyat akan melihat sama ada tragedi ‘katak melompat’ berulang. Berliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata demikian mengimbas tragedi hitam yang melanda negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei 2018. “Kena tahu sifat ‘katak” bukan saja-saja melompat. […]

» Read more
1 1,214 1,215 1,216 1,217 1,218 1,952