Tragedi ‘Katak Melompat’ Berulang… Ingat Rakyat Sedang Menilai – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 5 Ogos – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, dalam tempoh beberapa minggu ini rakyat akan melihat sama ada tragedi ‘katak melompat’ berulang.

Berliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata demikian mengimbas tragedi hitam yang melanda negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei 2018.

“Kena tahu sifat ‘katak” bukan saja-saja melompat. Sama ada cari habuan atau mahu menyelamatkan diri.

“Sebab itu kita minta usul undi percaya atau tidak percaya di Dewan Rakyat disegerakan, sebelum ada lagi yang terperangkap, terpedaya atau terpesona sanggup menjadi ‘katak’.”

Namun katanya, ingat rakyat sedang menilai jika ada wakil rakyat yang menjadi ‘katak’ seterusnya.

“Rakyat tahu apa perlu dilakukan ke atas ‘katak-katak’ ini apabila tiba masa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15),” katanya lagi yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk menerusi kenyataan dalam laman facebooknya, hari ini. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.