Orang Ramai Tidak Digalakkan Jalani Ujian Antibodi Vaksin COVID-19 – Khairy

KUALA LUMPUR, 7 Ogos – Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menjalankan ujian antibodi untuk vaksin COVID-19 kerana masih tiada garis panduan klinikal dikeluarkan mengenai perkara itu, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin. Beliau berkata seperti mana garis panduan dikeluarkan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) dan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat serta amalan di negara lain, ujian […]

» Read more

PM Mengelirukan Dan Berniat Menipu Agong – Pemuda UMNO

KUALA LUMPUR, 7 Ogos – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Mahiaddin Yassin yang didakwa telah mengelirukan dan berniat menipu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (YDPA). Menurut Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kelantan Noor Hariri Mohamed Noor laporan polis tersebut dibuat setelah melihat secara langsung sidang media Naib […]

» Read more

Sultan Johor Titah Sektor Swasta Bantu Tangani COVID-19

JOHOR BAHRU, 7 Ogos – Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini bertitah menyarankan agar sektor swasta turut bersama-sama menyumbang bantuan dalam usaha menangani pandemik COVID-19 di negeri ini. Baginda bertitah sumbangan wang tunai daripada sektor swasta penting untuk memastikan sistem kesihatan hospital-hospital di Johor terus dilengkapi dengan pelbagai peralatan perubatan untuk terus merawat pesakit COVID-19. “Kita perlu […]

» Read more

COVID-19: Jangan Ada ‘Standard’, Nyawa Lebih Berharga – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 7 Ogos – Hari demi hari ratusan rakyat Malaysia tidak bersalah terus terkorban dan sehingga kini lebih 10,000 orang telah kehilangan nyawa, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Jelasnya, lebih 1,000 insan yang sedang bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan terdapat juga ratusan daripada mereka yang memerlukan bantuan alat pernafasan. Katanya, kes jangkitan […]

» Read more

Ordinan Darurat Belum Batal, COVID-19 Gagal Dikawal Tapi UMNO Dipaksa Adakan Pemilihan – Shabery

KUALA LUMPUR, 7 Ogos – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mempersoalkan berkaitan arahan untuk pemilihan UMNO diadakan juga di seluruh negara biarpun keadaan COVID-19 masih menular. Dalam hal ini beliau mengambil analogi dengan kiasan dahulu ada cerita pengadil hentikan permainan sebab hujan turun renyai-renyai dengan mengaitkannya kepada situasi apabila Parlimen dihentikan walaupun agenda belum tamat […]

» Read more

Wanita UMNO Terus Utuh Dan Sentiasa Mendokong Ketua Wanita – Norliza Rahim

KUALA LUMPUR, 7 Ogos –  Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Norliza Abdul Rahim menghormati keputusan Ketua Wanita UMNO Malaysia Datuk Seri Dr Noraini Ahmad yang jelas menunjukkan adalah seorang yang berjiwa besar. Katanya, peletakan jawatan sebagai Menteri Pengajian Tinggi adalah satu tindakan yang sangat berani dan moga Allah SWT merahmati memberi kekuatan dan ketabahan kepada Datuk Seri Dr Noraini […]

» Read more

Lebih 23.6 Juta Dos Vaksin COVID-19 Diberikan Setakat Semalam – Dr Adham

KUALA LUMPUR, 7 Ogos – Sebanyak 23,608,290 dos vaksin COVID-19 telah diberikan menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi perkongsian infografik di Twitternya memaklumkan daripada jumlah itu, seramai 15,350,180 orang menerima suntikan dos pertama manakala 8,258,110 orang menerima dos kedua. “Mengikut peratusan, 47 peratus daripada populasi negara telah mendapat dos pertama, […]

» Read more

Parti Lain Boleh Tangguh, Tapi UMNO Dipaksa Laksana Pemilihan Tergesa-gesa – Shahril Hamdan

KUALA LUMPUR, 7  Ogos –  Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan berkata  Setiausaha Agung (SUA) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan  akan mengutus respon balas kepada surat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) yang akan keluar pada  hari ini. Katanya, Peguam UMNO telah menasihatkan beliau (SUA) bahawa prosedur yang dilaksanakan untuk memohon penangguhan pemilihan sebelum ini telah dibuat dengan teratur. Jelasnya, tetapi itu soal […]

» Read more

Seluruh Pimpinan UMNO Perlu Satu Hati, Kembali Kepada Kewajipan Yang Nyata – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 6 Ogos – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen UMNO dan pimpinan yang tetap setia berdiri bersama parti dalam mendokong ketetapan yang telah diambil oleh parti. Jelas beliau, ketetapan ini bukan atas kepentingan individu atau mana-mana pihak seperti cuba dinaratifkan. “Ia terjemahan suara akar umbi UMNO yang diputuskan dalam Perhimpunan […]

» Read more

Taati Keputusan UMNO, Shah Headan Letak Jawatan Ahli Lembaga Pengarah UPM

KUALA LUMPUR, 6 Ogos – Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Putra Malaysia. Katanya tindakan tersebut merupakan simbolik kepada taat setia beliau kepada parti dan keputusan Majlis Kerja Tertinggi. “UMNO pusat telah membuat ketetapan untuk menarik sokongan kepada Perdana Menteri dan kerajaan Perikatan Nasional (PN). “Saya dengan […]

» Read more
1 1,212 1,213 1,214 1,215 1,216 1,951