Parti Lain Boleh Tangguh, Tapi UMNO Dipaksa Laksana Pemilihan Tergesa-gesa – Shahril Hamdan

KUALA LUMPUR, 7  Ogos –  Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan berkata  Setiausaha Agung (SUA) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan  akan mengutus respon balas kepada surat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) yang akan keluar pada  hari ini.

Katanya, Peguam UMNO telah menasihatkan beliau (SUA) bahawa prosedur yang dilaksanakan untuk memohon penangguhan pemilihan sebelum ini telah dibuat dengan teratur.

Jelasnya, tetapi itu soal pentadbiran dan komunikasi dengan ROS selepas ini proses itu akan berjalan.

“Parti lain tangguh pemilihan, tiada halangan. Parti lain hendak buat kongres ‘hybrid’ bulan Jun dahulu, tidak dibenarkan  atas sebab kekhuatiran penularan COVID,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Kata Shahril lagi, itu adalah kisah pada bulan Mac dan Jun 2021.

Persoalannya, sekarang bulan Ogos ,20 ribu kes sehari. ROS mahu memaksa UMNO laksanakan pemilihan tergesa-gesa membabitkan lebih 20 ribu cawangan serata negara?

“Tidak masuk akal.

“Jika ada mencadangkan mengapa tidak diadakan pemilihan melalui kaedah elektronik, suka diingatkan bulan Jun 2020 dahulu pun Menteri Undang-undang menyebut Kerajaan sedang “mengkaji” cadangan PRU “virtual” dengan undi elektronik. Ada ulasan dari Menteri sama bahawa ada banyak cabaran untuk melaksanakannya.

“Itu adalah  kisah Jun 2020 ,” jelas beliau.

Kalau Kerajaan dengan segala sumber yang ada pun mengaku ia sukar dibuat, dan selepas lebih setahun mengkaji pun masih tak mampu buat, inikan hendak paksa parti politik laksanakan pemilihan elektronik dalam masa beberapa minggu atau bulan? soalnya lagi.

“Tidak masuk akal.Tidak masuk akal dari sudut praktikal.

“Tidak masuk akal dari sudut kesihatan dan keselamatan. Hanya masuk akal politik tertentu,” tegasnya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.