Wanita UMNO Terus Utuh Dan Sentiasa Mendokong Ketua Wanita – Norliza Rahim

KUALA LUMPUR, 7 Ogos –  Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Norliza Abdul Rahim menghormati keputusan Ketua Wanita UMNO Malaysia Datuk Seri Dr Noraini Ahmad yang jelas menunjukkan adalah seorang yang berjiwa besar.

Katanya, peletakan jawatan sebagai Menteri Pengajian Tinggi adalah satu tindakan yang sangat berani dan moga Allah SWT merahmati memberi kekuatan dan ketabahan kepada Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

“Kepada Allah SWT kita berserah dan Allah SWT jua sebaik-baik perancang. Wanita UMNO pasti terus utuh dan sentiasa mendokong dalam perjuangan parti.

“Saya dan seluruh Wanita UMO Malaysia berdiri teguh untuk mempertahankan parti keramat UMNO dalam memperjuangkan kebenaran sejati,” katanya menerusi satu kenyataan media.

Tambah Norliza, Wanita UMNO tidak sesekali gentar dan undur walaupun dalam keadaan sukar sekalipun waima keutamaan sekarang ialah membantu rakyat sebaik habis dalam keadaan seadanya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.