MIC Jangan Mudah Lupa Sahabat Ketika Susah – Sharkar

KUALA LUMPUR, 13 Ogos – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin hari ini terpanggil untuk mengulas kenyataan Presiden MIC, Tan Sri S.A Vigneswaran yang mencadangkan agar jawatan Pengerusi BN diserahkan sementara kepada parti komponen lain selain UMNO, atas alasan bahawa MKT hanya berstatus “caretaker”. Menurut beliau jika benar, sanggupkah MIC berbuat demikian dalam keadaan MIC […]

» Read more

Harap MIC Tidak Mendahului Keputusan – Shahril

KUALA LUMPUR, 13 Ogos – Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan mengharapkan agar MIC yang merupakan rakan komponen Barisan Nasional (BN) tidak mendahului keputusan berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh parti itu mengenai BN semalam. Menurut beliau MIC dan UMNO rakan kongsi yang telah lama bersahabat dalam BN dan apa sahaja pasang surut politik parti masing-masing, jenama biru BN yang telah mewarnai […]

» Read more

COVID: 45 Kluster Baharu Termasuk 30 Kluster Tempat Kerja – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 12 Ogos – Sebanyak 45 kluster baharu COVID-19 dicatatkan hari ini dengan 30 daripadanya merupakan kluster tempat kerja, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata sejumlah 11 kluster lagi merupakan kluster komuniti dan masing-masing dua kluster berisiko tinggi serta kluster pendidikan tinggi. “Selangor mencatatkan kluster tempat kerja paling tinggi iaitu sembilan diikuti Johor […]

» Read more

PKPD Di 14 Lokaliti Di Sabah, Kelantan Dan Sarawak Mulai Sabtu – Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 12 Ogos – Lima lagi lokaliti di Sabah, enam di Kelantan, dua di Pahang dan satu di Sarawak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang berkuat kuasa Sabtu ini hingga 27 Ogos. Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata antara lokaliti di Sabah ialah di Keningau iaitu Kilang dan Kuarters Pekerja Bumi Timber Sdn Bhd di Batu 27, Jalan Sook serta […]

» Read more

Hampir Semua Anggota ATM Terima Dua Dos Vaksin Covid – Ismail Sabri

KUANTAN, 12 Ogos – Hampir semua anggota dan pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melibatkan 126,892 orang telah lengkap penerimaan dua dos vaksin COVID-19, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata pemberian vaksin kepada anggota ATM dilihat lebih memudahkan petugas barisan hadapan itu dalam melaksanakan tugas termasuk menjalankan latihan ketenteraan. “Kesemua tentera kita telah […]

» Read more

Kerajaan Pahang Tanggung Kos Jenazah Pesakit COVID-19

KUANTAN, 12 Ogos – Kerajaan negeri Pahang akan menanggung kos pengurusan jenazah pesakit COVID-19 bagi membantu meringankan beban kewangan yang perlu ditanggung waris, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. Beliau berkata buat masa ini, pengurusan jenazah diuruskan oleh Kementerian Kesihatan di hospital dengan menggunakan khidmat badan sukarelawan yang mengenakan kadar bayaran tertentu kepada waris jenazah. Bayaran itu […]

» Read more

UMNO Parti Milik Rakyat, Perjuangkan Kewajipan Tanpa Ragu-ragu – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 12 Ogos – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata UMNO sebagai parti milik rakyat perlu terus memperjuangkan kewajipannya tanpa ragu-ragu kerana keutamaan parti adalah demi masyarakat Malaysia dan tanah airnya. Tegasnya yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), rakyat perlu dilindungi dan negara perlu diselamatkan sebelum terlambat. “Kepada yang ramai setia kepada perjuangan terima kasih. Saya […]

» Read more

Kelembapan Keputusan Buka Sekolah September Terjemah Kegagalan Menteri – Shahril

KUALA LUMPUR, 12 Ogos – Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan melihat kelembapan membabitkan keputusan untuk membuka semula sekolah pada 1 September ialah satu lagi terjemahan kelemahan kerajaan dan khususnya Menteri Pelajaran. Ini kerana katanya, September hanya tiga minggu lagi tetapi sehingga hari ini tiada pengumuman apa perancangan mereka untuk menunda pembukaan sesi persekolahan fizikal. Dalam hal ini, beliau sependapat dengan […]

» Read more

Kaji Balik Kebenaran Pengembara Dibenarkan Kuarantin Di Rumah – Sharkar

KUALA LUMPUR, 12 Ogos – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata bagi mengekang penularan wabak pandemik COVID-19 yang masih membimbangkan di negara ini, kerajaan Pusat digesa mengkaji semula kebenaran pengembara warganegara dan warga asing yang mempunyai kediaman di Malaysia serta yang lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19 menjalani kuarantin wajib di rumah. Katanya, ini bukan […]

» Read more

COVID: Kes Baharu Cecah 21,000 – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 12 Ogos – Malaysia hari ini merekodkan 21,668 kes baharu COVID-19 iaitu angka harian tertinggi sejak pandemik tersebut melanda negara tahun lepas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Menerusi perkongsian data terkini jangkitan COVID-19 di laman Twitternya, Dr Noor Hisham berkata perkembangan baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini meningkat kepada 1,342,215. […]

» Read more
1 1,193 1,194 1,195 1,196 1,197 1,937