Persidangan DUN Melaka Berlangsung Empat Hari Bermula Isnin

JASIN, 15 Sept – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka akan berlangsung selama empat hari bermula Isnin ini, kata Timbalan Speaker DUN Datuk Ghazale Muhamad. Beliau berkata persidangan pertama penggal keempat itu akan dirasmikan Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Ali Rustam pada Isnin dan dibenar berlangsung selama empat jam sehari bermula 9.30 pagi mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan […]

» Read more

UMNO Tidak Boleh Sewenang-Wenangnya Dijadikan Jambatan Oleh Pihak Luar Yang Rakuskan Kuasa – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 15 Sept – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertekad untuk terus mempertahankan parti itu agar terus kekal dalam apa jua keadaan sebagai parti milik rakyat serta mengutamakan kepentingan mereka. Bagi tujuan itu tegasnya UMNO tidak boleh sewenang-wenang dijadikan sebagai jambatan oleh pihak luar yang rakuskan kuasa dan sebarang kerjasama yang terbentuk perlu berpaksikan analisa mendalam […]

» Read more

Kerajaan Perlu Laksana Strategi Baharu Tingkat Keyakinan Pelabur Asing

Najib Tun Razak

KUALA LUMPUR, 15 Sept – Kerajaan perlu melaksanakan strategi baharu bagi meningkatkan keyakinan pelabur asing dalam usaha menjadikan pasaran saham Malaysia lebih dinamik serta menarik, kata bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Menurutnya, antara langkah perlu diambil termasuk bertindak sekali lagi menggantung jualan singkat yang dikawal selia serta pinjaman skrip bagi tempoh sekurang-kurangnya enam bulan sepertimana yang pernah […]

» Read more

Cadang Skim i-Survive Untuk B40 Dan M40, Cukai Kepada Gergasi Teknologi – Najib Razak

Najib Tun Razak

KUALA LUMPUR, 15 Sept – Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan beberapa cadangan kepada kerajaan ke arah pemulihan ekonomi negara. Antara yang digariskan Perdana Menteri Keenam itu adalah mewujudkan aliran tunai dalam ekonomi termasuk ialah cadangan i-Survive. “Mengambil kira kenyataan dari kerajaan bahawa kita tidak ada banyak duit lagi untuk membantu rakyat, saya cadang skim i-Survive iaitu […]

» Read more

Akses Internet: KKMM Lancar Pakej Remaja Dan Peranti Keluarga Malaysia

KUALA LUMPUR, 15 Sept – Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) hari ini melancarkan dua pakej kemudahan akses Internet iaitu Pakej Remaja Keluarga Malaysia dan Pakej Peranti Keluarga Malaysia. Menterinya Tan Sri Annuar Musa berkata pakej itu bagi membantu golongan remaja dan pelajar memperoleh akses internet serta memiliki peranti pintar mampu milik terutamanya golongan yang kurang berkemampuan dalam kalangan rakyat […]

» Read more

Kementerian Pertahanan Bantu Kelancaran Pembukaan Sekolah – Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 15 Sept – Kementerian Pertahanan akan memberi bantuan dan bekerjasama bagi memastikan pembukaan sesi persekolahan secara berperingkat mulai 3 Okt ini berjalan lancar termasuk di semua sekolah dalam kem Angkatan Tentera Malaysia (ATM) seluruh negara. Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kerjasama itu membabitkan konteks persiapan sebelum pembukaan sekolah seperti susun atur bilik darjah, melancarkan […]

» Read more

KKM Pertimbang Doktor Kontrak Lanjut Pelajaran Peringkat Pakar Setara Hadiah Latihan Persekutuan

KUALA LUMPUR, 15 Sept – Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mempertimbangkan agar pegawai perubatan kontrak mendapat peluang melanjutkan pelajaran kepakaran ke peringkat Sarjana melalui kemudahan setara dengan Hadiah Latihan Persekutuan, sama seperti pegawai perubatan tetap. Menterinya Khairy Jamaluddin berkata ia merupakan antara langkah untuk menjamin masa depan pegawai perubatan kontak selain melihat kepada tempoh kontrak yang diberikan kepada mereka. “Hadiah Latihan […]

» Read more

MEDAC Akan Tubuh Jawatankuasa Khas Bantu Usahawan Terjejas Akibat COVID-19

KUALA LUMPUR, 15 Sept – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) akan menubuhkan jawatankuasa khas untuk membantu usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas akibat pandemik COVID-19. Menteri, Tan Sri Noh Omar berkata kementerian itu akan memastikan semua bantuan dan peruntukan diselaraskan melalui jawatankuasa khas tersebut. “Jawatankuasa tersebut akan diketuai oleh ketua setiausaha kementerian dan akan bekerjasama dengan persatuan-persatuan. […]

» Read more

MoU Persefahaman Transformasi Dan Kestabilan Politik Dimensi Politik Baharu Negara – Yusof Ismail

KUALA LUMPUR, 15 Sept – Satu Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik dengan Pakatan Harapan (PH) yang telah ditandatangani bersama oleh pihak parti–parti dalam kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan parti–parti pembangkang dalam PH merupakan satu bentuk dimensi baru dalam landskap politik negara kini. Kata Ketua UMNO Bahagian Alor Star Datuk Mohd […]

» Read more

Agong Zahir Harapan MoU Kerajaan, PH Akhiri Kemelut Politik

KUALA LUMPUR, 15 Sept – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan harapan bahawa Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang dimeterai antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) pada Isnin, dapat mengakhiri kemelut politik dengan segera. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan hari ini berkata Seri Paduka turut menzahirkan harapan […]

» Read more
1 1,159 1,160 1,161 1,162 1,163 1,932