Fasa Dua PPN: Mesyuarat Jawatankuasa Khas Tentukan Status Lembah Klang – PM

KUALA LUMPUR, 30 Ogos – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berpendapat Lembah Klang kini sudah boleh beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) susulan kadar vaksinasi yang telah melebihi 80 peratus. Bagaimanapun, katanya perkara itu akan diputuskan dalam perbincangan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani COVID-19 bersama barisan kabinet yang akan dipengerusikannya nanti. “Sekali lagi saya berbangga dengan semua […]

» Read more

Sebanyak RM26.3 JUTA Premium Dikutip Kerajaan Perak Hingga 31 Julai – MB

IPOH, 30 Ogos – Sebanyak RM26.3 juta premium dikutip kerajaan negeri sejak 1 Jan sehingga 31 Julai lepas, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak diberitahu hari ini. Menteri Besar Datuk Saarani Mohamad berkata perolehan ini adalah 41.33 peratus daripada sasaran asal iaitu kira-kira RM63.6 juta dan ini berlaku ekoran kesan daripada pandemik COVID-19 yang melanda dunia sekarang. Saarani (BN-Kota Tampan) […]

» Read more

Belasungkawa: Perjuangan Tun Sakaran Demi Sosioekonomi, Pendidikan Rakyat Sabah

KOTA KINABALU, 30 Ogos – Negara khususnya Sabah, hari ini kehilangan seorang tokoh yang tidak pernah jemu berjuang demi meningkatkan tahap sosioekonomi dan pendidikan rakyat, serta syiar Islam di negeri ini, setelah pemergian Tun Sakaran Dandai, awal hari ini. Yang Dipertua Negeri Sabah kelapan itu menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Gleaneagles di sini pada pukul 5.30 pagi tadi setelah dirawat […]

» Read more

Kemerdekaan Boleh Hilang Akibat Perpecahan – Azlan Man

KANGAR, 29 Ogos – Semangat patriotisme perlu wujud dalam kalangan rakyat Malaysia bagi memastikan bahawa negara ini terus kekal merdeka dan nikmat kemerdekaan pasti terancam sekiranya berlaku perpecahan, kata Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man. Beliau berkata semua pihak perlu ingat dan menghayati nikmat kemerdekaan yang dikecapi hari ini hasil pengorbanan pemimpin terdahulu, yang ia boleh hilang sekelip mata […]

» Read more

KKM, MOSTI Diarah Pastikan Kadar Vaksinasi Enam Negeri Capai 50 Peratus Sebelum Akhir September

KUALA LUMPUR, 29 Ogos – Kementerian Kesihatan (KKM) serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) diberikan tempoh sehingga akhir bulan depan untuk memastikan enam negeri mencapai kadar vaksinasi COVID-19 sebanyak 50 peratus bagi populasi dewasa. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata enam negeri yang mencatatkan vaksinasi kurang daripada 50 peratus itu adalah Perak (46.5 peratus), Terengganu (46.2 peratus), […]

» Read more

Dua Lokaliti Di Sabah, Satu Di Johor Dikenakan PKPD Bermula 31 Ogos Ini – MKN

KUALA LUMPUR, 29 Ogos – Dua lokaliti di Sabah dan satu di Johor dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 31 Ogos hingga 13 Sept ini, kata Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad. PKPD di Sabah melibatkan Kampung Bukit Gemuk, Tawau dan Kampung Nasakot, Ranau, manakala PKPD di Johor melibatkan Kampung Nelayan Benut, Mukim […]

» Read more

COVID-19: 20,579 Kes Baharu Hari Ini, Jumlah Terkumpul 1,706,089

KUALA LUMPUR, 29 Ogos – Sebanyak 20,579 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, menurun berbanding 22,597 kes semalam. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan di laman Twitternya berkata ia menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini sebanyak 1,706,089. Beliau berkata Selangor kekal dengan kes tertinggi iaitu sebanyak 4,591 kes diikuti Sabah (2,578), Sarawak (2,522), Johor […]

» Read more

Sambutan Hari Kebangsaan Tetap Dijayakan Sebaik Mungkin

PUTRAJAYA, 29 Ogos – Sambutan Hari Kebangsaan 2021 akan tetap dijayakan dengan sebaik mungkin walaupun dalam suasana negara masih berperang dengan pandemik COVID-19, kata Tan Sri Annuar Musa. Beliau berkata segala persiapan perjalanan sambutan Hari Kebangsaan tahun ini telah dirancang sebaik mungkin, bagi memastikan ia mengikut garis panduan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Ahli Parlimen Ketereh […]

» Read more

Seramai 69 Menteri Dan Timbalan Menteri Angkat Sumpah Jawatan Di Istana Negara Esok

KUALA LUMPUR, 29 Ogos – Seramai 31 menteri dan 38 timbalan menteri akan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara esok. Turut dijangka berangkat pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Rahsia itu ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah […]

» Read more

Angkat Azalina Jadi Speaker, Parlimen Perlukan Banyak Pembaharuan – Shabery Cheek

KUALA LUMPUR, 29 Ogos – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berpandangan mungkin tidak terlambat sekiranya kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memikirkan peranan yang lebih besar untuk Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said. Katanya, Azalina yang sebelum ini Timbalan Speaker Dewan Rakyat patut diangkat menjadi Speaker dan mesti dimulakan untuk […]

» Read more
1 1,150 1,151 1,152 1,153 1,154 1,911