Kerjasama Asean Dalam Bidang Ketenteraan Boleh Jamin Keselamatan Rantau – Hishammuddin

  KUALA LUMPUR, 5 Okt – Kerjasama ASEAN yang kukuh dalam bidang ketenteraan boleh menjamin keselamatan dan kestabilan rantau itu daripada sebarang ancaman luar. Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata tidak boleh dinafikan gabungan tentera 10 negara dalam ASEAN ini dilihat lebih berkemampuan untuk berdepan kuasa besar berbanding kekuatan hanya sebuah negara. Perkara sama katanya, dibangkitkan Menteri Pertahanan […]

» Read more

Hari Akademia 2021 Beri Penekanan Agenda Pendigitalan Pendidikan Tinggi Negara – Noraini

KUALA LUMPUR, 5 Okt – Tema ‘Akademia Diperkasa, Digitalisasi Dibudaya’ yang diangkat sempena Sambutan Hari Akademia Kebangsaan tahun ini memberikan penekanan kepada usaha memperkasakan agenda pendigitalan pendidikan tinggi negara dalam mendepani persekitaran norma baharu. Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata tempoh krisis dan pemulihan berpanjangan memerlukan setiap pihak untuk mencari penyelesaian lebih kreatif dan inovatif bagi memastikan […]

» Read more

Cadangan Baik Pulih Istana Raja Muda Perak Dibawa Ke Mesyuarat Exco – Saarani

IPOH, 5 Okt – Permintaan dan cadangan agar Istana Raja Muda Perak di Teluk Intan dikekalkan dan dibaik pulih akan dibawa ke mesyuarat exco kerajaan negeri terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan muktamad dibuat. Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad berkata pihaknya telah menghadap Raja Puan Besar Perak Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah, petang semalam berhubung permintaan baginda yang mahu […]

» Read more

UMNO Telah Lama Amal Dasar Rentas Politik, Perikatan Dan BN Bukti Kejayaan Kemudi Negara – Mohamad

KUALA LUMPUR, 5 Okt – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata UMNO telah lama mengamalkan dasar rentas politik iaitu melalui Perikatan dan kemudiannya Barisan Nasional (BN) yang telah berjaya mentadbir negara selama 60 tahun lebih dalam keadaan aman dan harmoni. Menurut beliau sejarah awal menerusi MCA dan MIC melalui Perikatan dan kemudiannya bersama rakan-rakan lain di dalam BN […]

» Read more

PPBM Tak Perlu Hipokrit, ‘Play Innocent’ Dalam Soal Kerjasama, Tegas Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 5 Okt – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tegas berkata Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak perlu hipokrit dan ‘play innocent’ dalam soal kerjasama sedangkan rakyat pun tahu hakikat itu. Kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu, jika benar demi sebuah kerjasama yang jujur serta ikhlas, apa kata bubarkan PPBM dan kembali ke pangkuan UMNO. “Mungkin […]

» Read more

Komen Berbaur Perkauman Tidak Boleh Diterima Dalam Budaya Malaysia – Halimah

KUALA LUMPUR, 5 Okt – Komen berbaur perkauman yang dilemparkan terhadap pemain badminton perseorangan wanita negara S.Kisona baru-baru ini tidak boleh diterima dalam budaya Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Sadique. Beliau berkata ini memandangkan sukan telah lama jadi menjadi tapak integrasi perpaduan yang menyatukan rakyat Malaysia selama ini. “Nasihat saya kepada […]

» Read more

Keahlian UMNO Dua ADUN Melaka Gugur Automatik – Rauf

MELAKA, 5 Okt – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusuh mengesahkan keahlian ADUN Pantai Kundor, Datuk Noor Azman Hassan dan ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron dalam parti itu gugur secara automatik selepas mengumumkan hilang kepercayaan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali. Katanya, ia susulan dua dari empat wakil rakyat kerajaan itu iaitu […]

» Read more

Individu Pernah Terima Nikmat Sanggup Tikam Kawan Demi Kuasa – Shahril

KUALA LUMPUR, 5 Okt – Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan menegaskan situasi politik di Melaka amat mengecewakan kerana antaranya dicetus oleh individu-individu tertentu tanpa merujuk prestasi baik kerajaan negeri sedangkan ini kerajaan yang ditubuh bersama oleh mereka juga. Tambah mengecewakan jelas beliau lagi antara kepalanya adalah individu yang pernah menerima nikmat kerusi sama tetapi masih terkejar status itu sehingga sanggup […]

» Read more

Kemelut Politik Melaka Boleh Beri Persepsi Buruk, Pemimpin Jangan ‘Kamikaze’ Demi Jawatan – Dr Mohd Sadad

KUALA LUMPUR, 5 Okt – Pemerhati politik tempatan, Dr Mohd Sadad Mahmud menganggap kemelut politik Negeri Melaka yang mula tercetus semalam akan mewujudkan situasai agak membimbangkan kerana ia boleh memberikan persepsi buruk bukan sahaja kepada UMNO negeri. Tegasnya, sewajarnya mana-mana pemimpin UMNO tidak menjadikan diri mereka ‘kamikaze’ demi mengejar jawatan ketika rakyat sedang susah ekoran pandemik yang berpanjangan. “Situasi kini […]

» Read more
1 1,148 1,149 1,150 1,151 1,152 1,942