Tiada Rancangan Bina Taman Tema Di Cameron Highlands – MB

KUANTAN, 21 Sept – Kerajaan Pahang tidak pernah menerima permohonan rasmi atau mengadakan sebarang rundingan dengan mana-mana pihak bagi membina sebuah taman tema di Cameron Highlands, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. Beliau berkata dakwaan yang tersebar menerusi media sosial kononnya sebuah taman tema akan dibina di kawasan itu adalah tidak benar, dan beliau meminta semua pihak […]

» Read more

Melaka Dijangka Masuk Fasa Tiga PPN Oktober Ini – Ketua Menteri

MELAKA, 21 Sept – Melaka menyasarkan 100 peratus rakyat divaksin dicapai seawal mungkin dan melangkah ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada pertengahan Oktober ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali. Beliau berkata antara inisiatif yang dijalankan ialah membuka 98 pusat pemberian vaksin (PPV), menjalankan aktiviti pemberian vaksin secara ‘outreach’ oleh pasukan bergerak Kementerian Kesihatan dan badan […]

» Read more

KWSP Beri Komitmen Mudahkan Pengeluaran i-Citra – Asyraf

KUALA LUMPUR, 21 Sept – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memberikan komitmen untuk memudahkan urusan pengeluaran i-Citra bagi membantu mengurangkan bebanan pencarum ketika berhadapan dengan pandemik COVID-19. Jelas Asyraf, Ketua Pengarah Eksekutif Datuk Seri Amir Hamzah Azizan menyatakan beliau akan membawa isu ini untuk dipertimbangkan kelulusan daripada Menteri Kewangan […]

» Read more

COVID: Hampir 80 Peratus Populasi Dewasa Lengkap Vaksinasi Setakat Isnin

KUALA LUMPUR, 21 Sept – Seramai 18,648,795 individu atau 79.6 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam, menurut portal COVIDNOW. Selain itu, 93.1 peratus atau 22,097,565 individu daripada populasi dewasa sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Bagi vaksinasi harian pula, sebanyak 289,618 dos suntikan vaksin diberikan semalam melibatkan 94,145 dos pertama dan 195,473 […]

» Read more

5,103 Lepasan Politeknik Ditawarkan Ke Universiti Awam Sesi 2021/2022

Noraini Ahmad

KUALA LUMPUR, 21 Sept – Kejayaan pelajar politeknik melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di universiti awam bergantung sepenuhnya kepada markah merit, bilangan tempat dan kelayakan calon, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad. Beliau berkata selain itu turut diambil kira adalah kecemerlangan dalam proses temu duga yang dilaksanakan di universiti awam bagi sesetengah program pengajian yang memerlukan […]

» Read more

Kerajaan Negeri Selangor Bijak Beretorik, Bukti Kegagalan Pakatan Harapan – Rizam Ismail

KUALA LUMPUR, 21 Sept – Kegagalan Pakatan Harapan (PH) dapat dilihat berdasarkan corak pentadbiran kepimpinannya di negeri Selangor, kata Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Datuk Rizam Ismail. Jelas beliau ini kerana kerajaan negeri hanya bijak bermain retorik di atas kertas namun dari sudut pengurusan ianya tidak berada pada prestasi yang secukupnya. “Kalau kita hendak lihat kegagalan kerajaan PH, kita tidak […]

» Read more

Perkenalkan Program Bank-bank Biaya 70 Peratus Pembelian Saham Untuk Rakyat – Najib

KUALA LUMPUR, 21 Sept – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak mencadangkan kerajaan memperkenalkan program kepada bank-bank Malaysia agar membiayai 70 peratus daripada pembelian saham dengan kadar caj perkhidmatan sebenar sebanyak tiga peratus bagi setiap rakyat yang ingin membuat pelaburan dalam senarai saham yang telah disyorkan penganalisis kewangan dan dibenarkan. Kata Ahli Parlimen Pekan itu dalam satu catatan […]

» Read more

Anak Muda Serah Borang Keahlian Parti… Siapa Kata UMNO Sudah Tidak Lagi Relevan… – Pemuda Maran

KUALA LUMPUR, 21 Sept – Dalam keadaan suasana politik yang masih belum pulih sepenuhnya, UMNO terus mendapat tempat di kalangan anak-anak muda dengan penyertaan mereka untuk menjadi ahli parti. Bagi kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Maran, majlis perjumpaan bersama ketua bahagiannya, Datuk Seri Shahniza Shamsuddin yang berlangsung semalam telah diaplikasi dengan pengisian penyerahan borang keahlin UMNO. Ketua Pemudanya, Mohd Tasyrif […]

» Read more

RM6 Juta Sumbangan Kepada Yayasan Akalbudi, Bukan Rasuah Untuk Dapat Projek – Peguam

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) — Mahkamah Tinggi di sini hari ini dimaklumkan bahawa wang sebanyak RM6 juta yang disalurkan kepada Yayasan Akalbudi (YAB) milik Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi adalah sumbangan politik serta derma amal dan bukan rasuah untuk mendapatkan projek. Peguam Hamidi Mohd Noh, yang mewakili bekas Timbalan Perdana Menteri itu, berkata demikian ketika menjawab soalan Hakim […]

» Read more

KWP Peruntuk RM15 Juta Baik Pulih Infrastruktur Awam Di Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 20 Sept – Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) memperuntukkan RM15 juta bagi melaksanakan projek membaik pulih dan menaik taraf infrastruktur awam di ibu negara di bawah program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi 2.0 (PEMERKASA 2.0). Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata peruntukan itu meliputi 26 projek kecil yang majoritinya di Perumahan Awam (PA) dan Projek Perumahan […]

» Read more
1 1,138 1,139 1,140 1,141 1,142 1,917