PRN Melaka: Mohamad Hasan Pengarah, Persefahaman Dengan PAS Diteruskan – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 28 Okt –  UMNO hari ini memutuskan Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka manakala persefahaman dengan PAS diteruskan untuk menghadapi pilihan raya negeri tersebut. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata keputusan berkenaan dicapai dalam mesyuarat khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang diadakan di sini malam tadi. “Mesyuarat […]

» Read more

Kes Sembuh COVID-19 Atasi Kes Baharu

KUALA LUMPUR, 28 Okt – Sebanyak 6,637 kes sembuh daripada COVID-19 dilapor di Malaysia hari ini, mengatasi angka harian kes baharu yang merekodkan 6,377 kes. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif kes pulih COVID-19 kini 2,354,622 manakala kumulatif kes baharu adalah 2,454,749 kes. Beliau berkata lapan kluster baharu pula direkodkan hari […]

» Read more

Graduan Politeknik Sentiasa Diburu Majikan – Noraini

PUTRAJAYA, 28 Okt – Graduan lepasan politeknik sentiasa menjadi buruan majikan meskipun ketika negara dilanda pandemik COVID-19, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad. Katanya, berdasarkan Laporan Kajian Pengesanan Graduan, kadar kebolehpasaran graduan politeknik adalah melebihi 90 peratus bagi tempoh lima tahun lepas. “Pada 2018 misalnya, kadar kebolehpasaran graduan politeknik direkodkan sebanyak 96.1 peratus sementara pada 2019 pula […]

» Read more

Pan Borneo Jajaran Julau Dijangka Dibuka Secara Rasmi November Ini

JULAU, 28 Okt – Lebuh Raya Pan Borneo bagi jajaran Julau dijangka dibuka secara rasminya November ini, menurut Pengurus Projek Pakej Kontrak Kerja 07 (WPC07) Pejabat Zon Tengah, Unit Lebuh Raya Pan Borneo Jabatan Kerja Raya Sarawak SyahruI Ismadi Ismail hari ini. Syahrul Ismadi berkata jajaran bermula dari KM1+500 selepas Simpang KJD and Institut Perguruan Rajang hingga ke KM28+500 sebelum […]

» Read more

Tonjolkan Kebaikan Dan Kelebihan BN Dalam PRN Melaka – Shamsul Anuar

KUALA LUMPUR, 28 Okt – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah menyeru kepada seluruh jentera Barisan Nasional (BN) agar dapat menonjolkan kebaikan dan kelebihan parti ketika berkempen di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka nanti. Ujar Ahli Parlimen Lenggong itu, ia penting dilakukan sesuai dengan saranan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semasa pelancaran […]

» Read more

Sebanyak 78 Projek Perumahan Swasta Terbengkalai Di Semenanjung Malaysia – Reezal

KUALA LUMPUR, 28 Okt – Sebanyak 78 projek perumahan swasta membabitkan 17,605 unit rumah dan 11,735 orang pembeli disahkan terbengkalai di Semenanjung Malaysia, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican. Beliau berkata pihaknya pada tahun ini menyasarkan tujuh projek terbengkalai dapat dipulihkan menerusi pendekatan rundingan, mudah cara dan penguatkuasaan. “Sehingga kini, sebanyak empat projek […]

» Read more

BN Tampil Jelaskan Isu Dikompaun KKM

KUALA LUMPUR, 28 Okt – Barisan Nasional (BN) menghormati arahan Menteri Kesihatan untuk tidak mengadakan sebarang perhimpunan yang berkaitan dengan pilihan raya. Bagaimanapun pada hemat BN arahan tersebut berkaitan dengan perhimpunan di negeri Melaka, kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dalam satu kenyataan di sini hari ini. “Maka majlis pelancaran jentera BN yang sepatutnya diadakan di Melaka […]

» Read more

PRN Melaka: Hormati Keputusan Parti, Promosikan Calon BN – MCA

KUALA LUMPUR, 28 Okt – Pengerusi Biro Penerangan MCA Chan Quin Er berkata apa juga keputusan yang dibuat oleh parti Barisan Nasional (BN) untuk meletakkan calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, ia harus diterima dengan hati yang terbuka. Ujarnya, perkara yang perlu dititikberatkan ialah harus berkempen secara berhemah untuk mempromosikan calon BN yang dipilih. “Kita perlu terus berpegang kepada […]

» Read more

Perkhidmatan Awam Peka Dan Responsif Untuk Capai Sasaran RMK12

PUTRAJAYA, 28 Okt – Usaha dan tumpuan kini diberikan untuk menyediakan satu perkhidmatan awam yang lebih peka serta responsif kepada keperluan semasa bagi mencapai sasaran dan objektif dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12), kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman.  Beliau berkata kecekapan dan produktiviti organisasi serta penjawat awam juga perlu ditambah baik kerana sasaran dan […]

» Read more

SOP PRN Ubah Cara Berkempen, Tampil Norma Baharu Pilihan Raya

KUALA LUMPUR, 28 Okt – Prosedur Operasi Standard (SOP) Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ketat yang perlu dipatuhi parti-parti politik bertanding dilihat akan mengubah corak berkempen, dan pada masa sama menyemarakkan penggunaan media massa serta media sosial sebagai kaedah penting meraih undi. Walaupun SOP sepenuhnya belum diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) namun pendedahan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengenai […]

» Read more
1 1,110 1,111 1,112 1,113 1,114 1,928