BN Tampil Jelaskan Isu Dikompaun KKM

KUALA LUMPUR, 28 Okt – Barisan Nasional (BN) menghormati arahan Menteri Kesihatan untuk tidak mengadakan sebarang perhimpunan yang berkaitan dengan pilihan raya.

Bagaimanapun pada hemat BN arahan tersebut berkaitan dengan perhimpunan di negeri Melaka, kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dalam satu kenyataan di sini hari ini.

“Maka majlis pelancaran jentera BN yang sepatutnya diadakan di Melaka telah dipindahkan ke World Trade Center Kuala Lumpur (WTCKL) pada 27 Okt 2021.

“Pemilihan lokasi di WTCKL dibuat memandangkan Kuala Lumpur sudah pun memasuki Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara yang membolehkan perhimpunan diadakan dengan kapasiti kehadiran 50 peratus daripada keluasan Dewan acara,” katanya.

Jelasnya lagi, kehadiran jemputan dalam majlis pelancaran di dalam Dewan Tun Hussein dan Tun Ismail WTCKL semalam telah mengambil kira panduan prosedur operasi standard (SOP) berkenaan dengan kapasiti.

“Namun pergerakan di luar dewan yang ramai adalah di luar bidang kawalan pihak penganjur,” katanya.

Walau bagaimanapun tambahnya, sebagai parti yang berpegang dan patuh kepada prinsip undang-undang, maka BN akan membayar kompaun yang dikenakan. – UMNO ONLINE

[gview file=”https://umno-online.my/wp-content/uploads/2021/10/Kenyataan-Media-SUA-BN-Kompaun-KKM.pdf”]

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.