Lima Negeri Beralih Ke Fasa Empat PPN Isnin Depan – Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 5 Nov – Lima negeri iaitu Perlis, Perak, Pulau Pinang, Sabah dan Kedah beralih daripada Fasa Tiga ke Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa 8 Nov ini, kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Beliau berkata Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 hari ini bersetuju untuk peralihan Fasa PPN bagi kelima-lima negeri selepas mengambil kira […]

» Read more

Pahang Lulus Inisiatif Sempadan Hijau Negeri – MB

KUANTAN, 5 Nov – Kerajaan Negeri Pahang meluluskan cadangan Inisiatif Sempadan Hijau Negeri melibatkan sempadan negeri jiran iaitu Terengganu, Kelantan, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor. Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata keputusan itu dibuat ketika Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Rabu lepas, sebagai menjunjung titah Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin […]

» Read more

DUN Sarawak Bubar, Beri Laluan Pilihan Raya Negeri – Abang Johari

KUCHING, 5 Nov – Dewan Undangan Negeri Sarawak telah terbubar berkuat kuasa 3 Nov, sekali gus memberi laluan kepada pilihan raya negeri. Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata pembubaran itu selaras dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bahawa Proklamasi Darurat bagi Sarawak ditamatkan pada hari yang sama. “Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) […]

» Read more

Empat Pakej Baharu Lebuhraya Pan Borneo Sabah Dilancar Sabtu Ini

KOTA KINABALU, 4 Nov – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadual melancarkan empat pakej baharu projek Lebuhraya Pan Borneo pada Sabtu di Dataran Tamu Pekan Kota Kinabatangan, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin. Beliau berkata Perdana Menteri yang dijadual tiba esok, bagi rangka lawatan ke Sandakan serta Kinabatangan itu akan melancarkan projek lebuh raya […]

» Read more

SPR Terima Pemakluman Pembatalan Darurat Sarawak, Akan Adakan Mesyuarat Khas

KUCHING, 4 Nov – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menerima pemakluman rasmi daripada Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengenai pembatalan Proklamasi Darurat bagi negeri itu semalam. Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan berdasarkan Seksyen 3 (3) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (Sarawak) 2021, Dewan Undangan Negeri hendaklah terbubar pada tarikh Proklamasi Darurat […]

» Read more

Agong Kurnia Gelaran Kepada Empat Individu

KUANTAN,4 Nov – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan gelaran Datuk Kurnia kepada empat individu berkuat kuasa 27 Okt. Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman dalam kenyataan hari ini memaklumkan Pengarah Urusan Kumpulan Bharat Datuk Seri Vinod Kumar Agawal dikurniakan gelaran Datuk Kurnia Ekram. Beliau berkata Al-Sultan Abdullah turut memperkenankan pengurniaan […]

» Read more

PTG Perak Dalam Usaha Tambah Baik Kualiti Perkhidmatan – MB Perak

IPOH, 4 Nov – Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak sedang dalam usaha menambah baik kualiti perkhidmatan agensi kerajaan itu, bagi mengatasi masalah kesesakan di kaunter perkhidmatan dan urusan yang tertunggak, kata Menteri Besar Datuk Saarani Mohamad. Beliau berkata pada masa ini, perkara itu berlaku disebabkan kekurangan kakitangan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini, serta terdapat kakitangan yang […]

» Read more

Sultan Sharafuddin, Tengku Permaisuri Norashikin Harap Deepavali Disambut Dalam Suasana Harmoni

SHAH ALAM, 3 Nov – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berharap Deepavali kali ini disambut dalam suasana harmoni, hormat menghormati, penuh toleransi dengan semangat perpaduan yang utuh. Menurut hantaran di laman Facebook Selangor Royal Office hari ini, baginda berdua mahu agar perayaan sebegini diraikan dengan meriah namun tetap berwaspada serta mematuhi prosedur […]

» Read more

Agong Perkenan Proklamasi Darurat Sarawak Ditamatkan

KUALA LUMPUR, 3 Nov – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menamatkan Proklamasi Darurat bagi Sarawak, yang berkuat kuasa sejak 2 Ogos lepas. Pemangku Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini berkata perkenan Seri Paduka terhadap penamatan Proklamasi Darurat berkenaan selaras dengan Perkara 40 dan 40(1A) Perlembagaan Persekutuan. “Perlu diperjelaskan di […]

» Read more

Kepercayaan, Keyakinan Kunci Utama Kejayaan PICK – Khairy

PUTRAJAYA, 3 Nov – Kepercayaan dan keyakinan adalah faktor paling penting dalam kejayaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. Menteri Penyelaras PICK itu berkata tanpa kepercayaan antara kerajaan dan rakyat, program vaksinasi terbesar negara itu tidak akan dapat memberikan vaksin COVID-19 kepada lebih 25 juta penduduk dalam tempoh sembilan bulan. “Sebab mengapa kita berjaya pada akhirnya […]

» Read more
1 1,105 1,106 1,107 1,108 1,109 1,929