Undi Perwakilan Bentuk Kepimpinan Masa Hadapan… Perkukuh Parti Demi Rakyat

LEMBAH PANTAI, 15 Mac – Para perwakilan yang telah menzahirkan undi mereka sempena Pemilihan UMNO 2023 ini sudah semestinya mahukan sebuah barisan kepimpinan mampu untuk memperkukuhkan parti demi menjaga kebajikan rakyat. Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Lembah Pantai, Nur Mastura Abd Hamid berkata, dengan pembentukan saf kepimpinan Pergerakan Puteri UMNO baharu ini akan membawa semangat keazaman agar menjadi sayap yang kuat […]

» Read more

Pemilihan UMNO 2023: Pilih Pemimpin Berwibawa Kukuhkan Parti – Ahmad Zahid

BENTONG, 15 Mac – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengajak para perwakilan untuk memilih pemimpin yang berwibawa dalam usaha bagi mengukuhkan parti. Ujarnya, kemenangan yang telah dimuktamadkan bagi Wanita, sayap Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO telah memperlihatkan para perwakilan mahu kesinambungan serta pembaharuan. “Apabila kemenangan telah dimuktamadkan bagi Wanita dan sayap Pergerakan Pemuda serta Puteri UMNO ini […]

» Read more

MARA Sedia Bimbingan, Pembiayaan Perniagaan Tanpa Mengira Parti – Asyraf Wajdi

PUTRAJAYA, 14 Mac – Program bimbingan dan pembiayaan perniagaan di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk melahirkan usahawan bumiputera dilakukan tanpa mengira parti, kata Pengerusi Mara yang baharu Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Bekas Ketua Pemuda UMNO itu yang dilantik sebagai Pengerusi MARA yang ke-32 pada 10 Mac lepas berkata Mara tidak mengamalkan konsep tapisan sedemikian bagi memastikan semua program […]

» Read more

Terus Gerak Ke Depan, Rapatkan Saf Dan Tidak Perlu Imbau Kisah Silam

KUALA LUMPUR, 14 Mac – Ketua Wanita UMNO Segamat, Datuk Norshida Ibrahim berkata seluruh ahli Wanita perlu merapatkan saf dan masing-masing menggembleng tenaga dalam usaha memastikan UMNO terus menjadi nadi perjuangan rakyat. Dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online, beliau berharap pemilihan Wanita UMNO yang berakhir Sabtu lalu menjadi medan terbaik untuk masing-masing melipatgandakan lagi usaha setelah mendapat kepercayaan ahli di akar […]

» Read more

Lantikan Wakil Parti Politik Dalam GLC Ditapis Sekretariat Kerajaan Perpaduan – Ahmad Zahid

BENTONG, 14 Mac – Lantikan ahli atau profesional mewakili parti politik dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) adalah di bawah pengetahuan dan tapisan Sekretariat Kerajaan Perpaduan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata setiap parti yang membentuk kerajaan akan melakukan perundingan di bawah sekretariat itu terlebih dahulu sebelum sebarang pelantikan dimuktamadkan. “Bagi mengelak konflik, kita melakukan perundingan malah […]

» Read more

Bersama Teruskan Legasi Perjuangan, Angkat Martabat UMNO

KUALA LUMPUR, 14 Mac – Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang baharu, Mohammad Sollehin Mohamad Tajie meluahkan penghargaan dengan kepercayaan diberikan kepada beliau bagi memegang tampuk barisan kepimpinan Pemuda. Katanya, amanah tersebut akan dibawa beliau dengan sebaiknya bagi berterusan memperkasa perjuangan parti keramat ini. “Pada 11 Mac 2023 kesemua Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO di seluruh negara telah menjalankan tanggungjawab membuat […]

» Read more

Lebih 5,000 Orang Bakal Terima Bantuan Program Seronok Beraya Di Perak

IPOH, 14 Mac – Lebih 5,000 orang disasar menerima bantuan bagi meringankan beban asnaf, anak yatim dan ahli keluarga B40 sebagai persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri di bawah Program Seronok Beraya Peringkat Negeri Perak 2023. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan Negeri Salbiah Mohamed berkata program itu juga bertujuan membawa keseronokan kepada anak-anak dalam kumpulan […]

» Read more

Kebanyakan Mangsa Penipuan Pekerjaan Dari Kawasan Pedalaman

KUALA LUMPUR, 14 Mac  – Kebanyakan mangsa yang terjebak dengan sindiket penipuan pekerjaan di luar negara berasal dari kawasan pedalaman dan luar bandar, Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata mereka didekati sindiket terlibat menerusi berbagai kaedah termasuk iklan tawaran pekerjaan di laman media sosial dan diperdaya oleh kenalan baharu di medium sama. […]

» Read more

“Kesetiaan Saya Tetap Kepada Parti” – Dr Shamsul Anuar

KUALA LUMPUR, 14 Mac – “Kesetiaan saya, tetap kepada parti.” Demikian tekad Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah dalam video pendeknya yang dipaparkan di laman Facebooknya. “Ikrar saya, selagi perjuangan parti tidak lari dari prinsip dan ideologinya, saya akan lakukan apa saja demi parti,” katanya lagi. Umum mengetahui, Dr Shamsul Anuar yang juga Ahli […]

» Read more

Melaka Sasar Pendapatan Sektor Pelancongan Cecah RM23.4 Bilion Sempena TMM2024

MELAKA, 14 Mac – Kerajaan negeri Melaka menyasarkan pendapatan bagi sektor pelancongan di negeri itu pada tahun depan khususnya sempena penganjuran Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM 2024) mencecah RM23.48 bilion dengan kedatangan 18.7 juta pelancong dari dalam dan luar negara, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka diberitahu hari ini. Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri Melaka Datuk Muhammad Jailani Khamis […]

» Read more
1 1,104 1,105 1,106 1,107 1,108 2,275