12,000 Graduan Bakal Mendapat Manfaat Program MoHE x Shopee : Siswa Mall

SHAH ALAM, 25 Nov – Kira-kira 12,000 graduan bakal mendapat manfaat daripada pelaksanaan program MoHE x Shopee: Siswa Mall yang menyediakan latihan dalam aspek e-dagang serta kemahiran berniaga secara dalam talian kepada para graduan institut pengajian tinggi (IPT) di Malaysia. Jumlah tersebut merangkumi 5,000 graduan institusi pendidikan tinggi awam (IPTA); 5,000 graduan institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS); dan 2,000 graduan […]

» Read more

Masih Ramai Harapkan RM10,000 ‘One-off’ KWSP – Chew Sir Boon

KUALA LUMPUR, 25 Nov – Pengerusi Perhubungan MCA Terengganu Chew Sir Boon berkata ketika ini ramai yang mengharapkan pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memberi kelonggaran untuk pengeluaran RM10,000 secara one-off kerana mereka ingin melangsaikan hutang tertunggak. Ujarnya, rakyat tidak mahu susah pada usia tua tetapi sekarang ini mereka berada dalam keadaan terdesak dan memerlukan duit simpanan dalam tabung berkenaan […]

» Read more

Pembangunan Zaman BN Bukan Sekadar Sedap Mata Memandang, Tapi Ada Impak Nilai Tinggi

KUALA LUMPUR, 25 Nov – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkata pembangunan ketika pemerintahan Barisan Nasional (BN) bukan sekadar sedap mata memandang tetapi mempunyai impak nilai tinggi kepada sektor perniagaan, masyarakat serta mewujudkan peluang pekerjaan. Mengambil contoh pembinaan Menara Merdeka 118, Ahli Parlimen Pekan itu berkata ia bakal memanfaatkan penyimpan Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah […]

» Read more

Agong Berangkat Hadir Hari Kedua Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-257

KUALA LUMPUR, 25 Nov – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berangkat menghadiri hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-257 di Istana Negara. Mesyuarat yang bermula semalam itu dipengerusikan Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah. Mesyuarat kali ini berlangsung selepas kali terakhir diadakan semasa mesyuarat ke-256 pada 19 dan 20 Feb 2020 yang dipengerusikan […]

» Read more

Kerajaan Rancang Secara Sistematik Ganti Pesawat Hawk Dalam CAP55

KUALA LUMPUR, 25 Nov – Kerajaan merancang secara sistematik penggantian pesawat Hawk 108 dan Hawk 208 seperti yang digariskan dalam Pembangunan Keupayaan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) 2055 atau dikenali sebagai CAP55.  Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kerajaan juga telah memulakan proses penggantian dengan meluluskan perolehan baharu pesawat Fighter Lead-In Trainer/Light Combat Aircraft (FLIT/LCA) melalui Rolling Plan 1, 2021. […]

» Read more

Kg Tradisi, Kg Orang Asli Sebagai Sebahagian Produk Pelancongan

ISKANDAR PUTERI, 25 Nov – Kawasan tarikan pelancong di sekitar Bandar Penawar, dekat Kota Tinggi, boleh diperluaskan dengan memasukkan kampung tradisi dan kampung Orang Asli di bahagian barat kawasan itu, Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini diberitahu. Menjelaskan perkara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penawar Datuk Sharifah Azizah Syed Zain berkata kedua-dua kampung berkenaan dilihat berpotensi menjadi produk pelancongan baharu, sekali […]

» Read more

Kerajaan Melaka Disaran Pertimbang Semula Beri Tanah Wakaf Kepada Penduduk Kg Batang Tiga

MELAKA, 25 Nov – UMNO bahagian Tangga Batu memohon kerajaan negeri Melaka mempertimbang semula pemberian tanah wakaf kepada penduduk Kampung Batang Tiga, Klebang yang kebanyakan ahli keluarga mereka telah tinggal di situ sejak 100 tahun lepas. Ketua UMNO bahagian Tangga Batu Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad berkata permohonan bagi penduduk kampung berkenaan mendapatkan tanah telah dibuat sejak 10 bulan lepas […]

» Read more

Pendekatan EBP Perlu Digalakkan Bagi Capai Sasaran Berada Antara Sembilan Ekonomi Terbaik Dunia – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 25 Nov – Pendekatan dasar dan peraturan berasaskan bukti (EBP) perlu digalakkan dalam usaha kerajaan mencapai sasaran berada antara sembilan ekonomi terbaik dunia untuk sub-indeks Kecekapan Kerajaan. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata indikator peraturan perniagaan di Malaysia telah menunjukkan trend kemerosotan yang ketara dalam tempoh 10 tahun lepas, iaitu daripada kedudukan ke-19 pada 2010 kepada […]

» Read more

Rais Mulakan Khidmat Untuk Masyarakat Paya Rumput

KUALA LUMPUR, 25 Nov – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput, Datuk Rais Yasin yang baharu sahaja diberi mandat oleh rakyat pada Sabtu lalu hari ini terus mengotakan janjinya sebelum ini dalam memperjuangkan kepentingan rakyat. Menerusi aduan ‘Agenda Bersama Rakyat’, beliau sendiri turun padang melihat aduan oleh masyarakat di Krubong berhubung keselamatan dan kesejahteraan penduduk setempat. “Aduan diterima berhubung […]

» Read more

PRN Melaka: Usah Leka Dengan Kemenangan… Ujian Terus Berpadu, Bersetia, Bersama – Norshida

KUALA LUMPUR, 25 Nov – Setelah lima hari berlalu, Barisan Nasional (BN) menang 21 kerusi dari 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang pastinya amat makna buat BN di setiap peringkat sama ada di pusat, negeri mahupun akar umbi. Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Norshida Ibrahim berkata, kemenangan BN ini juga sebenarnya satu […]

» Read more
1 1,095 1,096 1,097 1,098 1,099 1,935