DUN Sabah Pilih Noraini Idris Sebagai Senator Dewan Negara

KOTA KINABALU, 9 Dis – Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah hari ini meluluskan usul memilih Ketua Penerangan Wanita UMNO Negeri Sabah Noraini Idris sebagai Senator Dewan Negara bagi mewakili negeri itu. Noraini yang juga seorang peguam dilantik bagi menggantikan Timbalan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Donald Peter Mojuntin yang tamat tempoh perkhidmatan sebagai senator hari ini. Usul berkenaan […]

» Read more

UMNO Fail Permohonan Gantung Prosiding Kes Saman SRC

KUALA LUMPUR, 9 Dis – UMNO memfailkan permohonan untuk menggantung prosiding kes saman SRC International Sdn Bhd terhadap parti politik itu bagi menuntut RM16 juta yang didakwa dipindahkan secara salah kepada UMNO. UMNO selaku defendan memfailkan notis permohonan itu bersama afidavit sokongan menerusi Tetuan Shahrul Hamidi & Hamidi di Mahkamah Tinggi di sini, pada 24 Nov lepas. Menerusi afidavit sokongan, […]

» Read more

Rakyat Berhak Tahu Kenapa Kerajaan Terdahulu Batal HSR KL-Singapura – Ahmad Jazlan

KUALA LUMPUR, 9 Dis – Ahli Parlimen Machang, Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub  berpandangan kerajaan wajar untuk memberikan penjelasan kepada rakyat berkenaan pembatalan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura yang dilakukan sebelum ini. Katanya, ia perlu dinyatakan dengan alasan yang kukuh berserta data-data kerana kesan daripada kegagalan pelaksanaan projek tersebut membawa kepada kerugian sehingga negara perlu membayar pampasan […]

» Read more

Prestasi Keseluruhan Jemaah Menteri Capai 90 Peratus Dalam 100 Hari Suntik Kesungguhan – PM

KUALA LUMPUR, 9 Dis – Prestasi keseluruhan bagi tempoh 100 hari pentadbiran jemaah menteri yang mencapai sekitar 90 peratus kejayaan bukan alasan untuk mendabik dada sebaliknya ia menyuntik kesungguhan dan iltizam untuk barisan kabinet terus bekerja bersama rakyat, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Perdana menteri berkata sasaran penuh Petunjuk Prestasi Utama (KPI) tidak mustahil untuk dicapai sekiranya seluruh ahli […]

» Read more

Mesyuarat UMNO Pelbagai Peringkat Ada Nilai Dan Makna Tersendiri – Andy

KUALA LUMPUR, 9 Dis – Persidangan UMNO di peringkat cawangan serta bahagian termasuklah sayap-sayap parti sebenarnya mempunyai makna dan nilai yang cukup tinggi kepada ahli UMNO kerana itulah tempat yang terbaik untuk masing-masing bersama-sama memperkasakan lagi parti. Apatah lagi parti baru sahaja melepasi beberapa fasa yang tersendiri setelah mengalami kekalahan pertama pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu dan bagi […]

» Read more

KPI 100 Hari Mindef Tercapai, Dilaksana Dengan Sempurna – Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 9 Dis – Petunjuk Prestasi Utama (KPI) 100 hari Kementerian Pertahanan (Mindef) berjaya dicapai dan dilaksanakan dengan sempurna sejak ia dilaksanakan pada 1 Sept lepas, kata Menteri Kanannya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Beliau berkata KPI berkenaan dicapai melalui 15 inisiatif di bawah enam aspirasi untuk dilaksanakan dalam 100 hari pertama. “Enam aspirasi berkenaan merangkumi memerangi COVID-19, mengawal […]

» Read more

Perlis Tawar Enam Insentif Untuk Tarik Minat Pelabur – MB

KANGAR, 9 Dis – Kerajaan Negeri Perlis menawarkan enam insentif kepada pelabur termasuk berkaitan tanah dan cukai dalam usaha menarik minat mereka untuk melabur di negeri itu. Malah, Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man berkata berdasarkan maklumat pihak Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER), Perlis juga merupakan negeri yang menawarkan insentif paling menarik kepada pelabur berbanding Pulau Pinang, Perak dan Kedah. […]

» Read more

Penubuhan ORACO Mampu Perkasa Ekonomi Masyarakat Orang Asli – Ramli Mohd Nor

KUALA LUMPUR, 9 Dis – Ahli Parlimen Cameron Highlands Ramli Mohd Nor berharap agar penubuhan badan berkanun Orang Asli di Pahang akan menjadi contoh kepada negeri-negeri lain yang mempunyai masyarakat Orang Asli. Ramli percaya penubuhan Orang Asli Corporation (ORACO) mampu memperkukuhkan dan memperkasakan ekonomi masyarakat Orang Asli di dalam negeri tersebut. “Kerajaan Negeri Pahang telah memperuntukkan sebanyak RM1 Juta bagi […]

» Read more

COVID-19, Penduduk Enggan Pindah Punca Kelewatan Pan Borneo Sabah – Bung

KOTA KINABALU, 9 Dis – Pembinaan Projek Lebuh Raya Pan Borneo di Sabah mengalami kelewatan kerana beberapa faktor utama antaranya pandemik COVID-19 dan penduduk enggan berpindah, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah diberitahu malam tadi. Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata pandemik COVID-19 telah menyebabkan rantaian bekalan bahan untuk projek berkenaan terjejas akibat perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan […]

» Read more

Pasca PKP Ramai Perlukan i-Citra RM10 Ribu, PM Beri Komitmen Perhalusi Bersama Menteri Kewangan – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 9 Dis – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata beliau berpeluang memberikan penjelasan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa ramai yang memang dalam keadaan susah dan terdesak pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk memulakan kehidupan akibat dibuang kerja, pemotongan gaji, cuti tanpa gaji dan hilang punca pendapatan sejak awal tahun […]

» Read more
1 1,085 1,086 1,087 1,088 1,089 1,937