Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Selamat Tahun Baharu, Doa Kesejahteraan

KUALA LUMPUR, 31 Dis – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat tahun baharu dan menyelitkan doa untuk kesejahteraan rakyat dan negara. “Semoga dilimpahi keberkatan dan dilindungi daripada sebarang bentuk musibah serta dikurniakan kemakmuran, perpaduan dan keharmonian yang berkekalan,” zahir Seri Paduka berdua menerusi catatan […]

» Read more

Pemimpin Luar Jangan Lebih Sudu Dari Kuah, Komen Hal Dalaman UMNO – Shahril

KUALA LUMPUR, 31 Dis – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkenaan UMNO adalah suatu yang tidak wajar. Katanya ini kerana sesuatu perbincangan yang dicapai dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) adalah hal dalaman parti ini dan tidak sepatutnya pemimpin luar memberikan sebarang kenyataan. “Tanpa mengurangkan hormat kepada Presiden […]

» Read more

Sama-Sama Muhasabah 2021, Mujahadah 2022 – Hasmuni

KUALA LUMPUR, 31 Dis – Penolong Setiausaha Pemuda UMNO, Datuk Hasmuni Hassan hari ini mengajak seluruh rakyat untuk sama-sama muhasabah dengan kedatangan tahun baharu 2022. Jelas beliau hari ini dengan sebahagian rakyat dilanda musibah dan negara turut berdepan dengan pandemik COVID-19 serta banjir ia merupakan ujian daripada Allah swt. “Hari ini hari terakhir tahun 2021 Masihi. 31 Disember 2021, jatuh […]

» Read more

Ops BAHIS Tumpu Proses Disinfeksi Bagi Jaga Kesihatan Penduduk Terjejas Banjir – Annuar

SHAH ALAM, 31 Dis – Selain bantuan kerja-kerja pembersihan, Operasi Bantu Hingga Selesai (Ops BAHIS) akan memberi tumpuan kepada proses disinfeksi di rumah-rumah serta persekitaran kawasan yang terjejas akibat banjir pada 18 Dis lepas. Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata proses disinfeksi yang akan dijalankan esok dan Ahad ini, bertujuan menjaga kesihatan awam bagi mengelakkan berlaku jangkitan […]

» Read more

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Takziah Kepada Keluarga M Kuppan

KUALA LUMPUR, 31 Dis – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga lagenda bola sepak negara, Datuk M Kuppan yang meninggal dunia semalam. Turut menzahirkan ucapan takziah ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Menerusi catatan di Facebook Istana Negara, Seri Paduka berdua menzahirkan rasa sedih dengan pemergian mendiang […]

» Read more

Gerak Kerja Dalam Kabinet Harus Jadi Penilaian, Jangan Mudah Buat Kesimpulan – Khairy

KUALA LUMPUR, 31 Dis – Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menegaskan segala yang diputuskan oleh parti menerusi Perhimpunan Agung UMNO (PAU) iaitu tidak akan kerjasama dengan PPBM pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 akan terus dipegang selain keputusan untuk menyokong Perdana Menteri (PM) di dalam kerajaan sedia ada hari ini. Menurut beliau yang juga Menteri Kesihatan, menteri-menteri daripada UMNO yang […]

» Read more

Sarawak, Kelantan Beralih Ke Fasa Empat PPN Isnin Ini – Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 31 Dis – Kerajaan bersetuju supaya Sarawak dan Kelantan, beralih ke Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) Isnin ini, menurut Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Beliau berkata keputusan itu diambil selepas mengambil kira penilaian risiko semasa yang dilaksanakan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Dengan peralihan di kedua-dua negeri berkenaan dari Fasa Tiga […]

» Read more

1,000 Sukarelawan Southern Volunteers Sedia Hadapi Banjir – Onn Hafiz

JOHOR BAHRU, 30 Dis – Seramai 1,000 orang sukarelawan Southern Volunteers telah siap siaga bagi menghadapi bencana banjir dengan sedia turun padang apabila diperlukan. Lantaran itu, satu mesyuarat koordinasi dan penyelarasan bagi persediaan dan kesiapsiagaan Southern Volunteers dalam menghadapi bencana banjir di Negeri Johor telah diadakan. Pengerusinya, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang juga Exco Kerajaan Negeri Johor memaklumkan bahawa tindakan […]

» Read more

Komited Bantu Mangsa Banjir, Cabaran Dilalui Ada Jalan Penyelesaian – Nazri

JERANTUT, 30 Dis – Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Datuk Nazri Ngah memaklumkan UMNO bersungguh membantu mangsa banjir dengan menyalurkan pelbagai bantuan termasuk barangan keperluan harian dan kewangan. Jelas beliau, komitmen tersebut diberikan pihaknya sejak awal banjir melanda dengan pelbagai kaedah termasuk melalui kawasan yang terputus hubungan. “Banjir di Jerantut ada dua kategori pertama kampung-kampung tradisi yang diliputi banjir tetapi masih […]

» Read more

i-Citra: Zahid Harap Kerajaan Jangan Tutup Sepenuhnya, Dengar Rintihan Rakyat

KUALA LUMPUR, 30 Dis – “Jangan ditutup sepenuhnya. Dengari rintihan rakyat.” Demikian tegas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berharap masih ada ruang buat kerajaan membenarkan lanjutan skim i-Citra. Ujarnya, rakyat yang menjadi mangsa banjir, ditimpa bencana tanah runtuh, masih dalam kesempitan kesan darurat dan PKP separuh masak yang lepas. “Jika Menteri Kewangan memberi nasihat sebaliknya kepada […]

» Read more
1 1,074 1,075 1,076 1,077 1,078 1,945