1,000 Sukarelawan Southern Volunteers Sedia Hadapi Banjir – Onn Hafiz

JOHOR BAHRU, 30 Dis – Seramai 1,000 orang sukarelawan Southern Volunteers telah siap siaga bagi menghadapi bencana banjir dengan sedia turun padang apabila diperlukan.

Lantaran itu, satu mesyuarat koordinasi dan penyelarasan bagi persediaan dan kesiapsiagaan Southern Volunteers dalam menghadapi bencana banjir di Negeri Johor telah diadakan.

Pengerusinya, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang juga Exco Kerajaan Negeri Johor memaklumkan bahawa tindakan terbabit adalah sebagai menyahut seruan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam menghadapi banjir.

“Menjunjung titah DYAM Tunku Mahkota Johor yang telah menitahkan supaya Southern Volunteers digerakkan untuk membantu pejabat-pejabat daerah dan agensi-agensi yang berkaitan bagi memastikan tiada siapa yang ketinggalan dalam usaha membantu mangsa banjir,” katanya kepada UMNO Online.

Jelasnya, berdasarkan laporan terkini dari Jabatan Meteorologi Johor, terdapat empat daerah yang berisiko tinggi iaitu Mersing, Kluang, Kota Tinggi dan Johor Bahru manakalan menurut Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Johor, seramai 505 orang anggota APM telah bersedia untuk digerakkan jika berlaku bencana banjir.

“Pejabat Daerah Mersing juga telah melaporkan pihak JKM melalui pengurusan bencana daerah telah menghantar bakul makanan pengkalan hadapan bagi persediaan banjir sekiranya terputus bekalan makanan di perkampungan masyarakat Orang Asli Tewowoh, Punan dan Peta Mersing. Agensi agensi lain seperti Angkatan Tentera Malaysia juga telah bersiap sedia.”

Sehubungan itu, beliau mempelawa kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi sukarelawan Southern Volunteers, boleh mendaftar di https://forms.gle/jTgv3DtpcayW4V3k7 . – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.