Komited Bantu Mangsa Banjir, Cabaran Dilalui Ada Jalan Penyelesaian – Nazri

JERANTUT, 30 Dis – Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Datuk Nazri Ngah memaklumkan UMNO bersungguh membantu mangsa banjir dengan menyalurkan pelbagai bantuan termasuk barangan keperluan harian dan kewangan.

Jelas beliau, komitmen tersebut diberikan pihaknya sejak awal banjir melanda dengan pelbagai kaedah termasuk melalui kawasan yang terputus hubungan.

“Banjir di Jerantut ada dua kategori pertama kampung-kampung tradisi yang diliputi banjir tetapi masih lagi boleh berhubung untuk bagi bantuan banjir seperti makanan dan kewangan.

“Di Felda mereka tidak banjir tetapi terkepung satu kampung hanya lima hingga enam buah yang terlibat kecuali Felda Jengka 8 iaitu sebanyak 94 buah rumah. Kita turun bagi bantuan di kawasan terkepung kita guna kaedah tertentu untuk pastikan wang sumbangan sampai kepada mereka.

“Kawasan Felda tidak ada masalah kita hantar duit atau bantuan dari kerajaan negeri mereka boleh beli di rangkaian kedai runcit D’Mart kerana setiap Felda ada kedai ini malah keperluan stok juga cukup sehingga dua minggu,” ujar beliau.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tawar itu berkata demikian ketika ditemui di pusat khidmat beliau ketika menerima kehadiran Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan untuk Misi Sukarelawan Bantuan Banjir Ibu Pejabat UMNO.

Sementara itu, beliau yang juga turut memaklumkan wang ehsan selesai diberikan petang semalam yang telah diperuntukkan oleh kerajaan Pusat dan negeri serta sumbangan dari UMNO Malaysia dan bahagian bagi meringankan beban mereka yang terjejas.

“Petang semalam saya bagi RM1,500 wang ehsan DUN Damak dan Tahan di bawah kawasan ini saya juga beri di Pulau Tawar kita tambah sedikit di kawasan untuk 231 mangsa banjir.

“Saya dengar tadi daripada Setiausaha UMNO bahagian hantar 500 dapur dan juga tilam… minggu lepas saya bersama Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail turun ke Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Tawar di kawasan saya sebab Jerantut sudah selesai

“Kami turun untuk bersihkan sekolah pasca banjir ini dengan bantuan wang ringgit dan water jet dan sebagainya saya cuci sendiri,” ujar beliau. – UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.