Tiga Pusat Internet Desa Di Pahang Selesai Dinaik Taraf Kepada PEDi Suku Pertama Tahun Ini

KUALA LUMPUR, 31 Jan – Tiga Pusat Internet Desa (PID) di Pahang akan selesai dinaik taraf kepada Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) pada suku pertama tahun ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa. Menerusi ciapan di akaun Twitter hari ini, Annuar berkata tiga PID terlibat adalah di Bukit Goh, Kuantan; Sungai Koyan, Lipis dan Felda Bukit […]

» Read more

Mangsa Ribut Dan Puting Beliung Terima Bantuan Tunai RM1,300 – MB Perak

IPOH, 31 Jan – Mangsa kejadian angin ribut dan puting beliung yang mengalami kerosakan rumah akibat bencana yang melanda beberapa kawasan di sini petang semalam akan menerima bantuan kewangan sebanyak RM1,300. Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata setakat ini sebanyak 219 rumah di beberapa kawasan iaitu Taman Desa Seri Chepor, Kampung Tawas, Taman Tasek Damai dan Kampung Seri […]

» Read more

PH Tak Letakkan Rakyat Sebagai Keutamaan … Lihat Saja Selangor – Nadzim Ibrahim

KUALA LUMPUR, 31 Jan – Pemangku Ketua UMNO Bahagian Ampang, Mohamad Nadzim Ibrahim berkata kerajaan Negeri Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) ternyata gagal mentadbir negeri dengan sebaik-baiknya, malah rakyat tidak menjadi keutamaan.  Ini kerana katanya disebabkan kurangnya kepimpinan dan tidak tahu mentadbir maka PH tidak meletakkan keutamaan untuk rakyat. “Ketika PH berada di Kerajaan Pusat dan negeri mereka […]

» Read more

PRN Johor: Muhyiddin Dicabar Jadi ‘Poster Boy’ Guna Slogan ‘Abah Sayang Johor’

KUALA LUMPUR, 31 Jan – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi hari ini mencabar Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menjadi poster boy pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kelak. Katanya, ini kerana PN melakukan strategi tersebut di Melaka meskipun keputusan PRN tidak menyebelahi mereka. “Saya nak cabar Muhyiddin supaya dia kekal […]

» Read more

UMNO Tidak Tawar Habuan Kepada Dua Bekas Adun Bersatu – Ahmad

JOHOR BAHRU, 30 Jan – UMNO tidak menawarkan sebarang habuan atau ganjaran kepada dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu di Johor yang bertindak keluar daripada parti itu, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan. Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang permohonan daripada kedua-dua individu berkenaan yang juga merupakan Ahli Majlis […]

» Read more

Janji Tinggal Janji… Rakyat Kecewa Janji Manis PH Tak Pernah Ditunai

https://www.facebook.com/rude.rider1/videos/344548441009397/ JOHOR BAHRU, 30 Jan – Keluhan penduduk Muar terhadap janji-janji manis Pakatan Harapan (PH) pastinya sudah membongkar segalanya, tegas selebriti yang juga Penolong Bendahari Pemuda UMNO Kluang Shahrol Azizie atau lebih dikenali sebagai Shahrol Shiro. Katanya, orang di luar kawasan yang melihat beliau di media sosial mungkin akan percaya dengan lakonan mantap Ahli Parlimen Muar di media sosial tetapi […]

» Read more

PRN Johor: 2.57 Juta Pengundi Biasa Layak Mengundi

JOHOR BAHRU, 30 Jan – Seramai 2.576 juta pengundi biasa daripada keseluruhan 2.599 juta pengundi berdaftar layak mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan diadakan tidak lama lagi. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), daripada jumlah keseluruhan itu, 22,536 orang merupakan pengundi awal melibatkan 10,958 anggota tentera dan pasangan, manakala 11,578 pula anggota polis dan pasangan […]

» Read more

PRN Johor: Berusaha Lebih Gigih Pastikan BN Menang, Sedia Berdepan Cabaran – Ahmad Maslan

PONTIAN, 30 Jan – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan UMNO mengajak anggota parti terus bekerja bagi mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tanpa gentar untuk berdepan dengan pelbagai cabaran. Ujarnya, dalam melihat situasi politik terkini, ia telah diduga termasuklah kaedah gabungan antara Pas, PPBM, Gerakan dan Star yang akan bertanding atas logo Perikatan Nasional (PN). Katanya, perkara itu […]

» Read more

PRN Johor Demi Masa Depan, Tolak Isu Remeh Kelirukan Rakyat – Dr Puad

BATU PAHAT, 30 Jan – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berpandangan sewajarnya pihak pembangkang tidak perlu memainkan isu yang remeh pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ini. Ini kerana katanya, keputusan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Johor tidak mempunyai sebarang kaitan dengan ‘kluster mahkamah’ seperti yang didakwa sesetengah pihak. “Sebenarnya pembangkang tiada alasan yang […]

» Read more

PRN Johor: Bubar DUN Untuk Mandat Rakyat, Bukan Keputusan Wakil Rakyat ‘Berpindah-pindah’ – Ahmad Maslan

PONTIAN, 30 Jan – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menyangkal tuduhan pelaksanaan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor adalah secara sendirian yang digerakkan oleh kepimpinan UMNO.  Dalam hal ini beliau merujuk kepada kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang dilapor berkata strategi untuk melaksanakan PRN adalah bukan strategi yang baik, tetapi dilakukan segelintir pihak serta mendakwa […]

» Read more
1 1,059 1,060 1,061 1,062 1,063 1,952