Janji Tinggal Janji… Rakyat Kecewa Janji Manis PH Tak Pernah Ditunai

JOHOR BAHRU, 30 Jan – Keluhan penduduk Muar terhadap janji-janji manis Pakatan Harapan (PH) pastinya sudah membongkar segalanya, tegas selebriti yang juga Penolong Bendahari Pemuda UMNO Kluang Shahrol Azizie atau lebih dikenali sebagai Shahrol Shiro.

Katanya, orang di luar kawasan yang melihat beliau di media sosial mungkin akan percaya dengan lakonan mantap Ahli Parlimen Muar di media sosial tetapi realitinya ibu ayah, orang muda dan masyarakat yang duduk di sana sahaja yang mengerti ‘peel’ beliau.

“Orang Muar luahkan kekecewaan. Ia merupakan suatu pengkhianatan kepada penduduk Muar apabila janji-janji yang dibuat tidak ditunaikan.

“Rakyat jangan tertipu lagi. Jangan terpedaya,” katanya menerusi kenyataan dalam laman facebooknya yang turut disertakan video luahan hati penduduk yang rata-rata hampa dengan pentadbiran pemimpin pembangkang.

Antaranya mereka memaklumkan bahawa kecewa kerana kerajaan PH yang menunaikan janji dan harapan tinggal harapan. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.