Agihan Kerusi PRN: Serahkan Kepada Kepimpinan Tertinggi Parti – Dr Asyraf

  KUALA LUMPUR, 22 Jun – Pengagihan kerusi Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN), harus diserahkan kepada kebijaksanaan kepimpinan tertinggi parti. Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata semua pihak, harus akur dengan hasil kesepakatan dalam mesyuarat agihan kerusi yang lalu, yang telah dimuktamadkan. “Semua orang boleh minta, tapi akhirnya kita sepakat dalam […]

» Read more

KPT Nafi Syarat Ketat Pinjaman, Biasiswa Faktor Lepasan SPM Tidak Lanjut Ke IPT

JOHOR BAHRU, 22 Jun – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menafikan dakwaan kononnya syarat ketat pinjaman dan biasiswa menjadi faktor pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak memilih untuk melanjutkan pengajian di peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata hal ini kerana kementerian telah memperkenalkan pelbagai inisiatif seperti program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia (Sulung) yang […]

» Read more

Akmal Pelawa Mereka Yang Berminat Sertai ‘Think Tank’ Pemuda UMNO

KUALA LUMPUR, 22 Jun – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mempelawa rakyat Malaysia yang berminat untuk bersama dengan sayap parti itu dalam pasukan badan pemikir mereka. Ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh menerusi Facebooknya berkata peluang itu dibuka buat mereka yang mahu menyumbangkan idea. “Anyone nak jadi sebahagian dari think tank Pemuda UMNO? Untuk kita bincangkan soal polisi, politik dan sebagainya. “…dan […]

» Read more

Aduan Rakyat Perlu Diselesaikan Dalam Tempoh Dua Minggu – Ab Rauf

MELAKA, 22 Jun – Semua aduan rakyat yang disalurkan kepada agensi dan jabatan terlibat pada Program Hari Bertemu Rakyat atau ‘Open Day’ perlu diselesaikan dalam tempoh dua minggu. Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata aduan berkenaan akan diteliti dan dibawa dalam mesyuarat berkaitan sebelum maklum balas diberikan kepada pengadu secara bertulis. “Rakyat meletakkan harapan tinggi kepada pihak kerajaan […]

» Read more

Junjung Kasih Titah Sultan Kedah, Elak Berpolitik Dan Fokus Pada Pembangunan – Norsabrina

BANDAR BAHARU, 22 Jun – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baharu, Datuk Norsabrina Mohd Noor menjunjung kasih titah Tuanku Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah yang mahu tahap profesionalisme ditekankan kerajaan negeri bagi menjayakan agenda pembangunan digiatkan demi kebaikan rakyat. Katanya Norsabrina, titah Baginda adalah satu penekanan yang jelas bahawa tumpuan sepenuhnya mesti dilaksana oleh kerajaan negeri bagi memastikan […]

» Read more

‘BN Nismilan’ Terus Mengorak Langkah, Semangat Jentera Tinggi Menjelang PRN – Jalaluddin

JEMPOL, 22 Jun – Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan akan terus melipatgandakan lagi usaha untuk memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan dalam masa terdekat. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata untuk itu pihaknya telah melaksanakan pelbagai perancangan dan pelaksanaan khususnya Jelajah BN Negeri ke setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam usaha […]

» Read more

DUN Kelantan Bubar Secara Rasmi Hari Ini

KOTA BHARU, 22 Jun – Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang mempunyai 45 kerusi hari ini secara rasmi dibubarkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN). Ia susulan pengumuman Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob pada sidang medianya Rabu lepas, bahawa pembubaran DUN itu mendapat perkenan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V. Pembubaran DUN bagi penggal ke-14 itu dilakukan empat hari […]

» Read more

Kembalikan Maruah UMNO Dengan Terus Berjuang Perkukuh Parti – Bung Moktar

KOTA KINABALU, 22 Jun – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin yakin kepimpinan baharu UMNO Bahagian Beluran mampu memulihkan imej serta maruah parti khususnya di bahagian itu untuk untuk bangkit dan terus berjuang memperkasakan parti. Katanya, Bahagian Beluran sebelum ini merupakan wilayah UMNO namun tercalar atas sikap pemimpin yang lebih mengutamakan kepentingan peribadi daripada kepentingan parti […]

» Read more

Tiada Istilah ‘Warlord’ Dalam UMNO, Terus Amalkan Demokrasi – Muhamad Khizri

https://www.youtube.com/watch?v=eAez4ewTJpY KUALA LUMPUR, 22 Jun – Ketua UMNO Bahagian Sik, Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim bersetuju pandangan yang diberikan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid apabila menegaskan tiada ‘warlord’ dalam negeri terbabit. Menurutnya, ini adalah mainan persepsi pihak pembangkang yang cuba memutar belitkan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN). Katanya, dalam parti ini sentiasa terbuka dan tidak […]

» Read more

Jangan Terkeliru Dengan Mainan Persepsi Di Media Sosial – Mahdzir

KUBANG PASU, 21 Jun – Ahli UMNO di Kedah diingatkan agar tidak terkeliru dengan mainan persepsi pihak lawan di media sosial. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihak lawan mencipta naratif songsang yang melampau menggunakan media sosial untuk mengeliru dan menghilangkan keyakinan pengundi terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN). “Saya nak ingatkan kepada semua bahawa apa […]

» Read more
1 1,028 1,029 1,030 1,031 1,032 2,272