Kerajaan Benarkan Guru, Petugas Kemas Berpolitik Berkuat Kuasa Serta-Merta – PM

KOTA BHARU, 22 Jan – Kerajaan hari ini mengumumkan kebenaran kepada kesemua guru sekolah di seluruh negara untuk berpolitik sebagai menghormati prinsip demokrasi iaitu hak seluruh rakyat untuk berpolitik. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kebenaran itu turut melibatkan petugas Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) bebas untuk berpolitik. Justeru kata beliau, Kementerian Pendidikan perlu mengeluarkan pekeliling mengenai kebenaran tersebut […]

» Read more

Malaysia Sertai Mesyuarat EB WHO Di Geneva

PUTRAJAYA, 22 Jan – Malaysia akan mengambil bahagian dalam mesyuarat Lembaga Eksekutif Pertubuhan Kesihatan Sedunia (EB WHO) sesi ke-150 di Geneva, Switzerland pada 24 hingga 29 Jan ini. Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan (KKM), delegasi Malaysia diketuai Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dengan disertai Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah serta pegawai kanan kementerian. Khairy akan menyampaikan kenyataan negara […]

» Read more

Bubar DUN, UMNO Hormati Sebarang Keputusan Sultan Johor – Zahid

KUALA LUMPUR, 22 Jan – UMNO menghormati sebarang keputusan yang bakal diputuskan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenaan kedudukan kerajaan negeri sama ada berlaku pembubaran atau sebaliknya, kata Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Katanya, parti tidak boleh mendahului kerana ketetapan hanya akan dilakukan Sultan Ibrahim mengikut pertimbangan dan kebijaksanaan baginda berdasarkan Perlembagaan negeri. “Pada hemat saya kita […]

» Read more

KPLB Peruntuk Lebih RM60 Juta Baik Pulih JPD, PAMS Di Negeri Terjejas Banjir

PORT DICKSON, 21 Jan – Lebih RM60 juta diperuntukkan bagi kerja membaik pulih jalan perhubungan desa (JPD) serta program ameniti sosial (PAMS) di negeri terkesan akibat bencana banjir baru-baru ini, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid. Beliau berkata daripada jumlah itu RM37.2 juta digunakan membaiki jalan-jalan kampung manakala RM35 juta untuk PAMS iaitu melibatkan kawasan di Kedah, […]

» Read more

Maszlee Buat Tuduhan Tanpa Bukti, Sepatutnya Bimbang Tak Tunai Janji Hapus Tol Simpang Renggam

KUALA LUMPUR, 21 Jan – Membuat tuduhan tanpa bukti dan datang pula dari seorang bekas ilmuan seperti Ahli Parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik hanya menjatuhkan imej yang beliau sering cuba gambarkan sendiri di media sosial, bidas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pahang Mohd Farid Mohd Nor. Katanya, adalah lebih baik Maszlee bimbangkan janjinya sendiri untuk menghapuskan tol di Simpang […]

» Read more

Gagal Mentadbir… Tiada Sebab Rakyat Selangor Kena Pilih PH Lagi – Abd Rahman

KUALA LUMPUR, 21 Jan – Ketua Penerangan UMNO Negeri Selangor, Datuk Dr Abd Rahman Bakri berpandangan tiada sebab untuk rakyat di Selangor kekal memilih Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya akan datang berdasarkan kegagalan berterusan yang dilakukan mereka dalam mentadbir negeri ini. Katanya ini kerana, isu berkaitan kebajikan rakyat seringkali tidak dipedulikan termasuk berkenaan bekalan air, penularan COVID-19 dan juga […]

» Read more

Ahli Parlimen Kemuka Pelbagai Cadangan Tangani Bencana Banjir

KUALA LUMPUR, 20 Jan – Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang hari ini mengambil peluang melontarkan pelbagai cadangan pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat berkaitan bencana banjir bagi mengelak berulangnya kejadian banjir penghujung tahun lalu yang mengorbankan 55 nyawa selain memusnahkan harta benda. Antara cadangan tersebut ialah pembinaan terowong SMART kedua, mengadakan penempatan semula, mewujudkan sistem ramalan cuaca lebih canggih serta jawatankuasa […]

» Read more

Pengimbas Suhu Dikeluarkan Daripada SOP Wajib – Khairy

KUALA LUMPUR, 20 Jan – Kementerian Kesihatan (KKM) bersetuju untuk mengeluarkan penggunaan wajib pengimbas suhu daripada prosedur operasi standard (SOP) kawalan COVID-19 di seluruh negara tidak lama lagi. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata hanya imbasan kod MySejahtera diperlukan setiap kali memasuki mana-mana premis. “Kita akan bawa usaha penambahbaikan SOP ini ke mesyuarat MKN (Majlis Keselamatan Negara), selepas dipinda pada sesi […]

» Read more

Pemberian Vaksinasi Kanak-Kanak 5 Hingga 11 Tahun Bermula Februari

KUALA LUMPUR, 20 Jan – Kementerian Kesihatan (KKM) akan melaksanakan pemberian vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun bermula Februari ini, sebaik sahaja vaksin Pfizer (kanak-kanak) tiba di Malaysia mulai 31 Jan. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata keputusan itu adalah berdasarkan data, maklumat dan pandangan Kumpulan Kerja Teknikal (TWG), dan panel penulis Garis Panduan Klinikal Vaksinasi COVID-19 Kanak-Kanak. […]

» Read more

KWSP: Pencarum Terjejas Perlu Dibantu Berdepan Musibah Banjir, COVID- Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 20 Jan – Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan hari ini membangkitkan persoalan mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang antara lain berkaitan langkah-langkah kerajaan bagi membantu pencarum terjejas pascamusibah. Menurut beliau, jawapan yang tuntas diperlukan daripada Kementerian Kewangan dalam membantu pencarum yang terjejas dalam musibah banjir dan kesan COVID-19. “Sebutkan langkah-langkah kerajaan untuk membantu pencarum yang […]

» Read more
1 1,015 1,016 1,017 1,018 1,019 1,901