Tingkatkan Gerak Kerja, Depani Cabaran Untuk Capai Kejayaan

KUALA LUMPUR, 17 Mac – Exco Pemuda UMNO, Ikmal Hazlan Ikmal Hisham melihat ucapan perasmian Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan sarat dengan peringatan serta lontaran untuk difikirkan para perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO 2021.

Menurut beliau antara mesej jelas yang diisampaikan ialah supaya gerak kerja UMNO harus ditumpukan dalam usaha mendepani pilihan raya umum (PRU) dan kemenangan di Melaka serta Johor adalah satu penanda aras dan harus ditingkatkan gerak kerja parti supaya lebih agresif serta lebih tuntas.

“UMNO sebagai sebuah parti yang diharapkan oleh rakyat adalah jelas dan ini tentunya berkaitan dengan soal kestabilan dan ianya amat penting dalam sesebuah negara terutama dalam memeprkasakan soal ekonomi yang perlu diberi tumpuan dan inilah antara yang menjadi kepercayaan rakyat. Kita harus mendapat mandat kerajaan yang stabil yang boleh mengadakan polisi untuk kepentingan rakyat.

“Soal kesatuan yang turut disentuh tentunya menarik dan itulah warna-warni politik dan dalam mana-mana parti politik itu tetap ada tetapi inilah keunikan UMNO yang mana akhirnya kesatuan dalam parti UMNO dapat dilihat pada Perhimpunan Agung.

“Walaupun ada dilabelkan itu dan ini, namun akhirnya pada hari ini kita dapat bersama-sama dengan satu semangat dan satu tekad untuk sama-sama menggarap amanah parti dan inilah yang kita harapkan,” ujarnya.

Manakala Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohamed Nizham Abdullah Hamidi pula menyifatkan ucapan Datuk Seri Mohamad Hasan ‘very spesific’ dan beliau bercakap bukan hanya soal pilihan raya tetapi juga soal memperkasakan parti.

“Sebab apa pun yang hendak dilaksanakan selepas ini sudah tentu parti perlu diperkemaskan dan diperkuatkan dalam keadaan kita ini masih lagi nak menuju PRU-15 tentu ianya perlu melicinkan perjalan jentera pelbagai peringkat. Kita tidak boleh lihat PRN Melaka dan Johor sahaja untuk mencapai kemenangan PRU-15 dan itu tidak menjamin kemenangan.

“Untuk menguruskan sebuah syraikat atau mentadbir sebuah negeri dan negara yang agak berbeza sudah tentu kestabilan itu sangat penting dan Johor adalah contoh terbaik. Nak buat keputusan itu cukup penting  ‘absolute power’…saya nampak keseluruhannya tepat apa yang diperkatakan,” ujarnya. – UMNO Online

Oleh: Azman Abas

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.