Kerajaan Tegas Lindungi Dasar Utama Negara Dalam Rundingan Bersama Amerika Syarikat – Azalina

KUALA LUMPUR, 6 Mei – Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said menegaskan bahawa Kerajaan MADANI kekal komited untuk melindungi dasar utama negara termasuk hak Bumiputera, keperluan vendor tempatan dan perlindungan terhadap sektor strategik dalam sebarang rundingan dengan pihak luar, termasuk Amerika Syarikat (AS). Beliau berkata, sebarang cadangan dasar yang memerlukan kelulusan akan melalui proses semakan menyeluruh […]

» Read more

TVET Perkukuh Daya Saing Negara, Pilihan Utama Latih Tenaga Mahir – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 6 Mei – Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kini bukan lagi dianggap pilihan kedua sebaliknya menjadi platform utama dalam melahirkan tenaga kerja kompetitif sekali gus memperkukuhkan daya saing negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa TVET Negara berkata bidang itu turut berperanan sebagai platform penting untuk siswazah […]

» Read more

‘Peranan Malaysia Dalam Perdagangan Dunia Sangat Besar’ – Jalaluddin

KUALA LUMPUR, 5 Mei – Malaysia perlu menunjukkan kematangan dasar serta keupayaan negara untuk menyesuaikan diri dengan perubahan global, kata Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias. Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan berkata Malaysia tidak boleh bertindak balas secara konfrontatif, sebaliknya memperkukuh kekuatan sendiri, memperluaskan kerjasama serantau dan antarabangsa melalui dasar jangka panjang yang memberi manfaat […]

» Read more

MARA Akan Terus Perkasa Sokongan Kepada Pelajar Tajaan Luar Negara

KUALA LUMPUR, 5 Mei – Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan terus memperkasakan sokongan kepada para pelajar tajaan yang sedang berada di luar negara, kata Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Dr Asyraf yang juga Setiausaha Agung UMNO memaklumkan beliau telah meluangkan masa bertemu pelajar-pelajar tajaan MARA di Seoul National University of Science and Technology, Korea […]

» Read more

Mohd Jafni Bentang Prestasi Portfolionya Kepada MB Johor

ISKANDAR PUTERI, 5 Mei – Exco Kerajaan Negeri Johor Datuk Mohd Jafni Md Shukor bersyukur pagi tadi telah membentangkan laporan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Suku Pertama (Q1) 2025 kepada Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi bagi portfolio Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri. Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Permai itu, pembentangan itu merupakan penzahiran komitmen berterusannya dan seluruh pasukan […]

» Read more

Penceramah Luar Perak Perlu Dapat Tauliah Khas – Saarani

IPOH, 5 Mei – Penceramah dari luar negeri ini perlu mendapatkan tauliah khas yang diperkenankan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sebelum boleh menyampaikan pengajaran Islam. Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, syarat yang dikenakan itu mengambil kira fahaman, pengalaman serta ketokohan penceramah berkenaan. Beliau berkata tauliah khas itu seperti yang diberikan kepada Dr Abdul Somad Batubara atau dikenali Ustaz […]

» Read more

Malaysia Tidak Kenakan Tarif 47 Peratus Ke Atas Import AS, Purata Hanya 5.6 Peratus

KUALA LUMPUR, 5 Mei – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak dakwaan Amerika Syarikat (AS) bahawa Malaysia mengenakan tarif sebanyak 47 peratus ke atas import negara itu ke Malaysia. Beliau berkata, pengiraan itu dibuat berdasarkan nisbah mudah defisit dagangan AS dengan Malaysia ketimbang jumlah importnya dari Malaysia pada 2024. Anwar berkata, dakwaan ini telah digunakan sebagai asas oleh AS […]

» Read more

Kemajuan Teknologi: Kerajaan Perlu Fokus Industri Kajian Dan Penyelidikan

KUALA LUMPUR, 5 Mei – Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah berpandangan kerajaan perlu bersiap sedia dengan memberi fokus dan penekanan kepada industri kajian dan penyelidikan. Beliau yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) berkata, jika tidak diambil tindakan segera dibimbangi negara akan berada dalam situasi ketinggalan berbanding negara lain. “Saya juga berharap untuk kita melihat apakah tindakan […]

» Read more

Syahbudin Cadang Kampus Bertaraf Universiti Di Gua Musang, Selain Pembukaan Semula KPTM

KUALA LUMPUR, 5 Mei – Pembukaan semula Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) dilihat mampu memberi ruang kepada pendidikan tinggi dan peluang pekerjaan untuk belia luar bandar khususnya di Gua Musang. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd Syahbuddin Hashim berkata, beliau dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) Negeri Kelantan turut berhasrat untuk mengangkat cadangan kepada Timbalan Perdana Menteri (TPM), Datuk Seri Dr […]

» Read more

Bidas Muhyiddin, Dr Akmal Tegaskan Beliau Tetap Melayu Dahulu Sebelum Malaysia

KUALA LUMPUR, 5 Mei – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh membidas kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengatakan bahawa “saya Melayu dulu, baru Malaysia” tidak penting lagi. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau turut berdoa agar Allah SWT memelihara perjuangan ikhlas demi agama, bangsa dan tanah air serta melindungi negara dari […]

» Read more
1 99 100 101 102 103 1,939