Perak Tidak Mahu Rakyat Menderita Kekurangan Bekalan Air – MB

IPOH, 29 Mac – Kerajaan Negeri Perak tidak mahu rakyat di negeri itu menderita mengalami masalah kekurangan bekalan air mentah pada masa akan datang sekiranya menyalurkan bekalan berkenaan kepada Pulau Pinang. Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata ini dapat dilihat berdasarkan pengalaman yang pernah dilalui oleh rakyat Pulang Pinang apabila bekalan air sentiasa tidak mencukupi sehingga menjejaskan kehidupan seharian. […]

» Read more

Lawatan Ismail Sabri Ke UAE Akan Berikan Jenama Yang Baik Buat Malaysia

DUBAI, 29 Mac- Memberikan jenama yang lebih baik kepada Malaysia merupakan antara perancangan sempena lawatan rasmi tiga hari Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) bermula hari ini hingga 31 Mac. Lawatan rasmi pertama Ismail Sabri ke UAE itu selepas dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan Malaysia pada 21 Ogos tahun lepas, juga diharapkan dapat mempertingkatkan […]

» Read more

MySejahtera: Kerajaan Masih Runding Berkenaan Terma Dan Syarat Penggunaan – Khairy

KUALA LUMPUR, 29 Mac – Kerajaan masih berunding dengan MySJ Sdn Bhd (MySJ) sebagai pemegang lesen aplikasi MySejahtera, mengenai terma dan syarat penggunaan aplikasi itu, menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. Khairy berkata perbincangan bersama MySJ itu, termasuk mengenai langkah ke hadapan pengunaan serta penyelenggaraan aplikasi itu. Beliau berkata, jumlah yang telah dipersetujui MySJ dengan Entomo Malaysia Sdn Bhd (sebelum ini […]

» Read more

Syarikat Telco Digesa Naik Taraf Perkhidmatan Internet Di Luar Bandar, Pedalaman – MenKOMM

PAPAR, 28 Mac – Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa hari ini menggesa syarikat telekomunikasi di negara ini, untuk lebih proaktif menaik taraf perkhidmatan internet di menara telekomunikasi sedia ada, terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman. Beliau berkata penyertaan lebih proaktif daripada syarikat telekomunikasi terbabit amat diperlukan, dalam usaha membantu kerajaan meningkatkan liputan internet sekali gus memastikan […]

» Read more

TCA Tingkat Pertahanan, Gabungkan Pendekatan Pelbagai Agensi – Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 28 Mac – Mesyuarat Peringkat Menteri Perjanjian Kerjasama Trilateral (TCA) hari ini bersetuju untuk memperluas TCA melangkaui bidang pertahanan semasa dengan menggabungkan pendekatan pelbagai agensi secara berkesan. Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata TCA yang diwujudkan untuk menangani ancaman keselamatan maritim di perairan Malaysia, Indonesia dan Filipina perlu melibatkan kementerian dan agensi berkaitan di negara […]

» Read more

Kementerian Wilayah Persekutuan Tubuh Unit Kemiskinan Bantu Miskin Bandar

KUALA LUMPUR, 28 Mac – Kementerian Wilayah Persekutuan menubuhkan Unit Kemiskinan di peringkat kementerian dan agensinya bagi menangani isu miskin bandar secara berterusan, Dewan Negara diberitahu hari ini. Timbalan Menterinya Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata bagi Wilayah Persekutuan Labuan, unit itu ditubuhkan di bawah Perbadanan Labuan serta bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi menubuhkan […]

» Read more

KUSKOP Sedia Bantu Koperasi Ternakan Wujud Sistem Perladangan Kontrak

JELEBU, 27 Mac – Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (KUSKOP) bersedia membantu koperasi yang terlibat dalam aktiviti penternakan, mewujudkan pusat pengumpulan perladangan kontrak bagi menawarkan harga yang lebih rendah kepada pengguna. Menterinya Tan Sri Noh Omar berkata pusat pengumpulan perladangan kontrak itu juga dapat mendorong koperasi terlibat, menyediakan ruang pasaran mereka sendiri. “Kita sedang berusaha membantu koperasi-koperasi yang terlibat kegiatan […]

» Read more

PM Tiba Di Qatar Untuk Lawatan Rasmi Tiga Hari

DOHA, 27 Mac – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di sini hari ini untuk lawatan rasmi tiga hari ke Qatar. Pesawat yang membawa Perdana Menteri selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Doha pada 3 petang (waktu tempatan). Ketibaan beliau di Terminal Diraja disambut oleh Menteri Pengiring iaitu Menteri Perbandaran Qatar Dr Abdullah bin Abdulaziz bin Turki Al-Subaie, […]

» Read more

Johor, Persekutuan Kerjasama Pastikan Pembukaan Semula Sempadan Malaysia-Singapura Lancar

onn hafiz

JOHOR BAHRU, 27 Mac – Kerajaan Johor dan Kerajaan Persekutuan terus bekerjasama bagi memastikan persediaan pembukaan semula sempadan negara melibatkan sempadan darat Malaysia dan Singapura pada Jumaat ini, berjalan lancar. Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata beliau juga telah mempengerusikan mesyuarat Task Force Persediaan Pembukaan Sempadan dan akan terus memantau kesiapsiagaan. “Terima kasih kepada semua pihak dan agensi […]

» Read more

Kerajaan Tidak Pernah Jual Aplikasi MySejahtera, Kerahsiaan Data Terjamin – Khairy

KUALA LUMPUR, 27 Mac – Kerajaan tidak pernah menjual aplikasi MySejahtera kepada mana-mana syarikat swasta dan ia adalah hak milik kerajaan, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. Beliau berkata ini sepertimana diputuskan kerajaan pada 26 Nov tahun lepas, dengan Kementerian Kesihatan (KKM) dilantik sebagai pemilik utamanya untuk pengurusan kesihatan awam negara. “Data MySejahtera adalah di bawah penyeliaan KKM sejak ia mula […]

» Read more
1 1,005 1,006 1,007 1,008 1,009 1,959