Lawatan PM Ke UAE: Malaysia Perlukan Kepimpinan Lebih Kompeten Sesuai Kedudukan Negara

KUALA LUMPUR, 13 April – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berpandangan bahawa Malaysia nyata memerlukan kepimpinan baharu yang lebih kompeten di Kementerian Luar Negeri apatah lagi prestasi semasa Menteri Luar tidak sesuai dengan pengalaman, kedudukan dan kepentingan global Malaysia. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang berkata demikian susulan apa yang berlaku semasa lawatan Perdana Menteri, […]

» Read more

PM Cadang UPSI Bangunkan Pusat Latihan Dan Penyelidikan Automotif

TANJUNG MALIM, 13 April – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencadangkan Universiti Pendidikan Sultan Idris yang terletak dalam wilayah Lembah Automotif Berteknologi Tinggi (AHTV) membangunkan sebuah pusat latihan dan penyelidikan dikenali sebagai Center of Advanced Automotive Research and Training (CAART). Beliau berkata cadangan itu bagi memenuhi keperluan dari segi tenaga kerja terlatih, pendidikan dan juga penyelidikan dalam bidang […]

» Read more

Persatuan Industri Kreatif Perlu Ditadbir Secara Profesional – Annuar

KUALA LUMPUR, 13 April – Persatuan berkaitan industri kreatif perlu ditadbir secara profesional bagi mengangkat industri berkenaan, serta menjaga tahap profesionalismenya, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa. Sebagai contoh, beliau berkata sistem royalti boleh diwujudkan dengan mengambil pengalaman negara luar yang menjaga komuniti penggiat industri kreatif seperti para pelakon. “Kalau kita tengok arkitek ada Pertubuhan Arkitek Malaysia, […]

» Read more

Insiden Kemiskinan Mutlak Meningkat, Jangan Lupa Yang Masih Bergelut – Zahid

KUALA LUMPUR, 12 April – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menekankan insiden kemiskinan mutlak meningkat kepada 8.4 peratus pada tahun 2020 ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berbanding 5.6 peratus pada 2019. Katanya yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), negara kini dalam peralihan ke fasa endemik yang menyaksikan hampir kesemua aktiviti ekonomi dan sosial di Malaysia telah […]

» Read more

Kanak-Kanak Masih Dibenarkan Ke Bazar Ramadan, Aidilfitri Di Perak

IPOH, 12 April – Perak belum bercadang menguatkuasakan peraturan membawa kanak-kanak ke bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad. Beliau berkata bagaimanapun, ibu bapa dan penjaga dinasihatkan agar terus patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) ketika negara sedang beralih ke fasa endemik. “Tidak boleh bebas sangat […]

» Read more

Dewan Rakyat Lulus Usul Bentuk Jawatankuasa Pilihan Khas Teliti Perkara Berkaitan Lompat Parti

KUALA LUMPUR, 12 April – Dewan Rakyat semalam meluluskan usul pembentukan Jawatankuasa Pilihan Khas untuk membuat syor berhubung pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti. Jawatankuasa itu dianggotai 11 Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang yang akan dipengerusikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Ahli Parlimen kerajaan yang menganggotai […]

» Read more

Pembentangan Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan Manifestasi Politik Lebih Sihat – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 12 April – Pembentangan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 di Dewan Rakyat bagi membolehkan Akta Anti Lompat Parti digubal adalah satu manifestasi ke arah politik yang lebih sihat dan berpaksikan kepentingan rakyat. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob justeru menzahirkan rasa puas hati dengan penyatuan Ahli-Ahli Parlimen pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat semalam. “Malaysia ke […]

» Read more

Bantuan Khas Aidilfitri Kepada Semua Penjawat Awam Termasuk Yang Dapat Dos Vaksin Lengkap – PM

KUALA LUMPUR, 12 April – Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2022 yang diumumkan oleh kerajaan pada 5 April lepas adalah untuk semua penjawat awam dan pesara yang layak, termasuk mereka yang tidak mendapat dos imunisasi COVID-19 lengkap. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan pengumuman beliau sebelum ini tidak pernah menyatakan sebarang pengecualian bayaran kepada mana-mana penjawat awam mengikut status […]

» Read more

Tangani Isu Kemalangan Jalan Raya Babitkan Motosikal Dengan Sikap Pengguna – Zahid

KUALA LUMPUR, 11 April – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berpandangan bahawa aspek paling penting dalam menangani isu kemalangan jalan raya membabitkan penunggang motosikal adalah berhubung sikap pengguna jalan raya. Ujarnya, tentang usaha memperkasa kesedaran terhadap kepentingan mematuhi undang-undang dan mengutamakan keselamatan ketika menunggang motosikal adalah dengan menanam elemen prihatin dan saling mengambil berat dalam kalangan pengguna […]

» Read more

Perbadanan M-WEZ Mula Operasi Jumaat Ini

MELAKA, 11 April – Kerajaan negeri Melaka menubuhkan Perbadanan Zon Pembangunan Ekonomi Persisiran Pantai Melaka (M-WEZ) yang akan memulakan operasi di Seri Negeri di sini pada Jumaat ini, kata Ketua Menterinya Datuk Seri Sulaiman Md Ali. Beliau berkata perbadanan itu akan bertindak sebagai sebuah badan khas yang mengawal dan menyelaras segala bentuk pembangunan serta mempromosikan kawasan M-WEZ dalam usaha menarik […]

» Read more
1 1,000 1,001 1,002 1,003 1,004 1,961