Garis Panduan Ucapan Perhimpunan Awam Dibincang Di Parlimen Hari Ini

KUALA LUMPUR, 24 Okt – Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman sesawang Parlimen, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan adakah kerajaan mengeluarkan sebarang garis panduan berhubung perkara yang boleh dan tidak boleh diucapkan dalam sesuatu demonstrasi aman. Perkara itu akan diajukan Wan Ahmad Fayhsal pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri. Selain itu, Muhammad Islahuddin Abas […]

» Baca lanjut

Jalaluddin Cadang Kerajaan Pertimbang Kaedah Undi Pos Bagi Anggota Pelatih Polis, Askar

KUALA LUMPUR, 23 Okt – Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias mencadangkan agar pihak kerajaan mempertimbangkan kaedah undi pos kepada anggota pelatih polis dan askar yang ditempatkan di kem-kem latihan mengikut alamat termaktub di dalam kad pengenalan. Jelasnya, ini kerana para pelatih polis dan askar di kem-kem latihan ini hanya berada di kawasan tersebut dalam jangka masa yang singkat. […]

» Baca lanjut

Intervensi Kerajaan Diperlukan Bagi Membangunkan Insan Muda Malaysia – Manndzri

KUALA LUMPUR, 20 Okt – Ahli Parlimen Tenggara, Manndzri Nasib menjelaskan intervensi kerajaan amat didambakan bagi mewujudkan ekosistem yang lebih baik demi membangunkan Insan Muda Malaysia (IMM) terutama di kala negara bergelut untuk bangkit pulih dari COVID-19. Jelasnya, peluang yang lebih luas perlu dicipta dan direkayasa merentasi pelbagai skop termasuk pekerjaan, kewangan, jaminan, keselamatan, industri, teknologi, akademik, dan perdagangan dalam […]

» Baca lanjut

Sistem AP Menyokong Perkembangan Automotif Negara – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 19 Okt – Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menjelaskan bahawa terdapat tujuan bagi lesen import atau Approve Permit (AP) dikenakan pada kenderaan bermotor import termasuklah kenderaan elektrik (EV). Menurutnya, ini adalah untuk memantau dan menyokong perkembangan automotif tempatan supaya selaras dengan hala tuju Dasar Automotif Nasional 2020 bagi menjadikan Malaysia […]

» Baca lanjut

Henti Manipulasi Isu Kaum Agama Ketika Berbahas, Ketepikan Kepentingan Politik – Bung Moktar

KUALA LUMPUR, 19 Okt – Memulakan mukadimah perbahasan ketika membahaskan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat baru-baru ini, Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin menegur sikap beberapa Ahli Parlimen yang menggunakan sentimen agama dan kaum dalam sesi perbahasan. Tegasnya, keadaan ini bukan satu budaya dan perlu dihentikan. Kata Bung Moktar, Ahli Parlimen yang berjumlah 222 orang adalah mewakili kira-kira […]

» Baca lanjut

Krisis Beras: Bung Mokhtar Cadang Kerajaan Gazetkan Tanah Rizab Pertanian

KUALA LUMPUR, 18 Okt – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin memohon agar pihak kerajaan dan Kementerian Pertanian untuk menggazetkan tanah-tanah rizab pertanian bagi menangkis isu kekurangan makanan ruji di negara ini. Jelasnya, kos sara hidup rakyat semakin meningkat tambahan pula selepas negara melalui episod penderitaan akibat COVID-19 beberapa tahun lalu. “Kita berbicara soal kos sara hidup. Ianya […]

» Baca lanjut

Cegah Radikalisasi: SEARCCT Laksana Kempen Naratif Positif, Fokus Nilai Murni – Muhamad Alamin

KUALA LUMPUR, 18 Okt – Pusat Seranta Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT) telah melaksanakan kempen-kempen naratif positif yang memfokuskan nilai-nilai murni sekaligus meningkatkan daya tahan komuniti digital. Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Muhamad Alamin berkata, keberkesanan SEARCCT boleh dilihat menerusi peranannya dalam melaksanakan pelbagai program bagi mencegah radikalisasi. “Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah keganasan atau ringkasnya SEARCCT berfungsi […]

» Baca lanjut

Pindaan Akta Akauntan 1967 Diperhalusi Seiring Keperluan Profesion Perakaunan – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 17 Okt – Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan bahawa pindaan membabitkan Akta Akauntan 1967 akan diperhalusi melalui proses libat urus bagi menangani isu-isu melibatkan profesion tersebut. Beliau berkata penelitian kerajaan tersebut dilakukan bersama dengan pihak-pihak berkepentingan. “Kerajaan memberi komitmen untuk memastikan supaya sebarang cadangan pindaan dan kesannya kepada pihak berkepentingan diperhalusi melalui proses libat urus […]

» Baca lanjut

Pengkalan Data Tepat Jayakan Pelaksanaan Kerajaan Kepada Kumpulan Sasar – Johari

KUALA LUMPUR, 16 Okt – Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menyambut baik keputusan kerajaan melepaskan harga ayam dan telur daripada dasar kawalan harga sementara yang dilaksanakan sejak tahun lepas. Menurut beliau yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan, dasar yang memberi pasaran tempatan untuk berfungsi dengan bebas akan membantu kedudukan ‘Food Security’ negara dari segi bekalan yang mencukupi […]

» Baca lanjut

256,901 Graduan TVET Dilahirkan Di Bawah KPT Sejak 2018 Sehingga 2023  – Khaled

KUALA LUMPUR, 16 Okt – Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata seramai 256,901 graduan bidang pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) telah dilahirkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi tempoh 2018 sehingga 2023. Menurut beliau berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara pada tahun 2020, hanya 42 peratus pelajar program TVET di negara ini dikendalikan dan berada di […]

» Baca lanjut
1 37 38 39 40 41