Bibi Sharliza Terus Khidmat Bakti Untuk Juasseh
KUALA LUMPUR, 16 Mei – Ahli Dewan Undangan Negeri Juasseh, Datuk Bibi Sharliza Mohd Khalid meneruskan politik khidmat bakti buat penduduk di kawasan dengan menyantuni rakyat melalui program-program yang dihadiri serta pertemuan secara santai.
Terbaharu beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Negeri Sembilan hadir bagi Penyerahan Aspirasi dan bantuan khas kepada Wargamas N9Digital yang diadakan di Balai Raya Padang Lebar.
“Ini bukan sekadar bantuan tapi tanda komitmen saya untuk terus berada di sisi rakyat, mendengar suara dan membantu apa yang termampu.
“Kita kuat bila kita bersatu dan saya percaya dengan sokongan padu dari kalian semua Negeri Sembilan akan terus maju dan sejahtera. Kita kuat sebab kita bersatu!
“Jangan pernah putus harapan, insya-Allah kita capai lebih banyak kejayaan bersama,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
Bibi Sharliza dalam pada itu turut sama meluangkan masa menziarahi isteri Tok Batin di Kampung Chergun yang berhadapan ujian kesihatan.
“Melihat wajahnya yang tabah, hati jadi sebak. Semoga dikurniakan kesembuhan yang segera dan dipermudahkan segala urusan seharian.
“Saya doakan semoga dipermudahkan segala urusan kesihatan dan diberi kekuatan buat beliau sekeluarga,” ujar beliau.
Sementara itu menerusi perkongsian terdahulu beliau turut hadir ke Mesyuarat Cawangan UMNO Kampung Majau dan menyifatkan ia sebagai semangat luar biasa dalam kalangan akar umbi parti.
“Alhamdulillah, semangat orang kampung memang luar biasa! Kita jalan terus, kuatkan saf, rapatkan barisan.
“Demi Juasseh tercinta, saya takkan berhenti berjuang. Kita jaga kampung kita, kita angkat suara rakyat,” ujar beliau. – UMNO Online