Seri Menanti Berpoloh 2.0: Erat Hubungan Rakyat, Pemimpin Setempat

KUALA LUMPUR, 9 Mei – Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Menanti akan menganjurkan Program Seri Menanti Berpoloh 2.0 untuk mengeratkan hubungan rakyat dan pemimpin serta menyemarakkan semangat kejiranan.

Program ini diadakan bersempena Kejohanan Sukan Negeri Sembilan (SUKNES) 2025 pada 10 Mei ini dari jam 7.30 pagi sehingga 6.00 petang bertempat di Padang Awam Seri Menanti.

Antara pengisian utama program tersebut ialah Jualan Nismilan Prihatin, pemeriksaan kesihatan dan gigi percuma serta kiosk pembayaran cukai tanah di samping aktiviti berkuda untuk merasai pengalaman luar biasa.

Selain itu, program turut diserikan dengan sukan rakyat dan sukaneka untuk hiburan keluarga manakala kanak-kanak juga boleh bermain di kawasan Soopa Doopa yang telah disediakan buat mereka.

Terdapat juga beberapa acara sukan yang dipertandingkan seperti futsal lelaki, sepak takraw, bola jaring dan juga ‘fun run’.

Orang ramai yang berada di kawasan DUN Seri Menanti dijemput beramai-ramai untuk hadir bagi memeriahkan program ini bersama keluarga dan rakan-rakan. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79