Semangat Perjuangan Veteran Jadi Inspirasi Untuk Pemuda – Mohamad Arif

KUALA LUMPUR, 26 April – “Tidak ada yang lama, maka tidak ada yang baharu… itulah pepatah yang menjadi pegangan dan akan terus disemat dalam hati kami pejuang UMNO termasuklah golongan muda,” kata Ketua Pemuda UMNO Kuala Kangsar, Mohamad Arif Abdul Talib.

Bagi beliau perjuangan golongan veteran yang masih setia bersama parti hari ini menjadi pembakar semangat untuk mereka melangkah seterusnya.

“Terima kasih kepada Datuk Kamil Shafie Pengerusi Veteran UMNO Kuala Kangsar atas undangan untuk bersama-sama dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Veteran UMNO Kuala Kangsar.

“Sungguh mengujakan melihat para pejuang lama yang masih bersemangat berbicara tentang perjuangan UMNO. Inilah yang akan kami pegang dan akan terus berjuang,” katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Beliau seterusnya menambah semangat mereka yang tidak pernah luntur akan terus menjadi inpirasi kepada anak-anak muda.

“Semangat yang tidak pernah luntur ini menjadi inspirasi kepada generasi baharu untuk terus mempertahankan warisan perjuangan bangsa. Insya-Allah kami akan terus berjuang bersama dengan yang lain demi perjuangan parti,” ujarnya. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit