Presiden China Xi Jinping Disambut Penuh Istiadat di Istana Negara
KUALA LUMPUR, 16 April – Malaysia hari ini menyambut ketibaan Presiden China Xi Jinping dalam satu Istiadat Sambutan Negara yang penuh adat istiadat di Istana Negara sempena lawatan rasmi beliau ke negara ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan bahawa beliau turut menghadiri istiadat tersebut bersama-sama Perdana Menteri dan para Jemaah Menteri yang lain bagi mengiringi keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Ahmad Zahid menjunjung kasih kepada Seri Paduka Baginda atas kebijaksanaan dan limpah perkenan dalam memperkukuh hubungan diplomatik antara Malaysia dan China.
“Semoga hubungan dua hala Malaysia-China terus diperkukuh dan diberkati, demi kesejahteraan serantau dan dunia yang lebih makmur, insya-Allah,” ujar beliau satu hantaran di laman Faceboonya.
Lawatan ini berlangsung atas jemputan rasmi Yang di-Pertuan Agong dan menyaksikan penyertaan delegasi kenegaraan dari Republik Rakyat China yang diketuai oleh Presiden Xi.
“Seterusnya, saya turut menyertai sesi pertemuan rasmi antara KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku dan Presiden Xi Jinping bersama delegasi beliau. Presiden Xi bersama delegasi turut diraikan oleh Baginda Tuanku dalam Majlis Jamuan Negara di Istana Negara.
Lawatan negara ini dilihat sebagai simbolik kepada keakraban hubungan diplomatik Malaysia-China yang telah terjalin sejak sekian lama, serta usaha memperkukuh kerjasama strategik di pelbagai bidang. – UMNO Online