Noraini Ucap Selamat Bersidang Kepada Seluruh Keluarga Besar UMNO
KUALA LUMPUR, 8 April 2025 – Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad merakamkan ucapan Selamat Bersidang kepada seluruh ahli UMNO termasuk Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri sempena Persidangan UMNO Cawangan 2025 yang sedang berlangsung di seluruh negara.
Dalam kenyataannya, beliau menyeru agar persidangan kali ini dijadikan sebagai medan terbaik untuk memperkukuhkan perjuangan parti, mempereratkan ukhuwah dalam kalangan ahli serta memperkasakan agenda demi agama, bangsa dan tanah air tercinta.
“Selamat Bersidang buat seluruh keluarga besar UMNO! Semoga persidangan kali ini menjadi medan terbaik untuk kita terus memperkukuhkan perjuangan parti, mempereratkan ukhuwah, dan memperkasakan agenda demi agama, bangsa dan tanah air tercinta,” kata beliau.
Persidangan UMNO peringkat Cawangan berlangsung dari 7 April hingga 25 Mei 2025, diikuti dengan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian yang dijadualkan antara 9 Jun hingga 27 Julai 2025.
Seterusnya, Perhimpunan Agung UMNO akan diadakan dari 20 Ogos hingga 23 Ogos 2025. – UMNO Online