Ahmad Maslan Berbesar Hati Buka Puasa Bersama Pemimpin Masyarakat

KUALA LUMPUR, 17 Mac – Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan meneruskan khidmat bakti bersempena Ramadan apabila berbesar hati turun padang untuk sama-sama berbuka puasa dalam program khas yang diadakan baru-baru ini.

Dilaksanakan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Majlis Berbuka Puasa Bersama Pemimpin Masyarakat DUN Pulai Sebatang ini dilaksanakan bagi mengeratkan silaturahim dalam kalangan pemimpin masyarakat bersempena dengan kedatangan bulan mulia ini.

Ahmad Maslan yang juga Ketua UMNO Bahagian Pontian dalam pada itu memanfaatkan peluang tersebut untuk beramah mesra dengan mereka di samping bergambar sebagai kenang-kenangan.

Majlis turut diserikan dengan tazkirah Ramadan oleh Pegawai Pentafsir Al-Quran, Pejabat Kadi Daerah Pontian, ustaz Mohd Rasul Esa serta penyampaian sumbangan kepada anak-anak pelajar tahfiz serta veteran UMNO Pontian.

Seterusnya Ahmad Maslan yang turut sama ditemani isteri Datin Seri Noraini Sulaiman turut sama menunaikan solat Isya, terawih dan moreh.

Turut hadir bersama Ahli Dewan Undangan Kawasan Pulai Sebatang yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Pontian, Hasrunizah Hassan; Pemangku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pontian, Mohd Azhar; Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Pontian, Zara Jumat serta Ahli Jawatankuasa. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit