Majlis Berbuka Puasa KKDW Zon 3 Eratkan Ukhuwah dan Perpaduan

PAPAR, 14 Mac – Majlis Berbuka Puasa anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bagi Zon 3 berlangsung meriah dengan kehadiran tetamu dari pelbagai lapisan masyarakat.

Ketua UMNO Bahagian Papar, Datuk Jamal Nerubi selaku Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mewakili beliau menzahirkan rasa syukur atas kemeriahan dan kebersamaan yang terjalin dalam program ini.

Katanya, program ini bukan sahaja menghidupkan semangat Ramadan, tetapi juga menjadi platform mengeratkan ukhuwah serta memperkukuhkan perpaduan dalam komuniti.

“Suasana pada malam ini jelas menunjukkan betapa pentingnya ukhuwah dan perpaduan dalam kalangan masyarakat. Ramadan bukan hanya tentang menahan lapar dan dahaga, tetapi juga peluang untuk memperkukuhkan hubungan silaturrahim,” katanya.

Selain majlis berbuka puasa, program ini turut menyaksikan penyerahan Projek Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) serta sumbangan kepada golongan asnaf, sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan masyarakat.

Majlis ini mendapat sambutan yang baik dengan kehadiran pemimpin tempatan, wakil agensi kerajaan serta masyarakat setempat, sekaligus mengukuhkan semangat kebersamaan dan kesejahteraan dalam komuniti. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit