Imarah Ramadan Melalui Santapan Rohani, Anjur Khatam Al-Quran

KUALA LUMPUR, 14 Mac – Bagi mengimarahkan lagi kedatangan Ramadan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh Datuk Bibi Sharliza Mohd Khalid berbesar hati menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran & Iftar Wanita UMNO Kuala Pilah.

Dilaksanakan malam tadi di Majlis Desa Anggerik ia mendapat sambutan menggalakkan daripada kaum muslimah yang memanfaatkan bulan mulia ini dengan majlis ilmu.

Sebelum berlangsungnya khatam Al-Quran turut diadakan berbuka puasa dalam kalangan qariah sekaligus mengeratkan silaturahim dalam kalangan mereka.

“Alhamdulillah, malam penuh berkat bersama wanita hebat di Majlis Khatam Al-Quran & Iftar ini. Suasana yang damai, ukhwah yang erat, doa yang mengiringi setiap langkah perjuangan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Sementara itu Bibi Sharliza yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Pilah turut sama memanfaatkan program ini untuk beramah mesra dengan qariah yang hadir sambil bertanya khabar.

“Terima kasih kepada semua yang hadir, menyemarakkan majlis dengan keikhlasan dan kasih sayang.

“Wanita adalah tunjang kekuatan, pemacu perubahan! Teruslah kita bersatu, berbakti, dan menyebarkan cahaya kebaikan. Bersama, kita majukan ummah, sejahterakan masyarakat!” ujar beliau. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit