Himpunan Seni Budaya Tonjol Keunikan Warisan Budaya
PARIT SULONG, 23 Feb – Pusat Khidmat Parlimen Parit Sulong dengan sokongan pelbagai pertubuhan seni dan budaya sekitar Batu Pahat telah menganjurkan Program Himpunan Seni Budaya Parlimen Parit Sulong
Berlangsung dengan jayanya semalam ia diadakan di Perkarangan Homestay Tok Marwan, Parit Guntong, Semerah.
Program ini bertujuan untuk memberi sokongan kepada komuniti pejuang seni budaya tempatan serta menonjolkan keunikan dan kepelbagaian warisan budaya, khususnya di negeri Johor.
Antara aktiviti yang diadakan termasuk
pameran senjata dan alat muzik tradisional, pertandingan kompang serta pelbagai persembahan kebudayaan tradisional yang mengangkat warisan seni bangsa.
Lebih daripada sekadar hiburan, program ini melambangkan perpaduan masyarakat dan sejajar dengan agenda Malaysia MADANI yang menekankan nilai-nilai kebersamaan serta penghargaan terhadap warisan budaya.
Majlis ini telah disempurnakan oleh Ahli
Parlimen Parit Sulong merangkap Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad yang turut sama menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Menerusi kenyataan media, beliau turut meluahkan kesyukuran dengan sambutan menggalakkan malah mengharapkan medium ini dapat dijadikan platform untuk memperkasa seni budaya tempatan dan menyemarakkan jati diri masyarakat Malaysia. – UMNO Online