Kembara Ulang Tahun UMNO Sabah ke-34 Semarak Semangat Keutuhan

KUALA LUMPUR, 21 Feb – UMNO Sabah berbesar hati menganjurkan Kembara Sempena Ulang Tahun UMNO Negeri Sabah ke-34 yang diadakan melibatkan keseluruhan bahagian di negeri ini.

Program ini diadakan melibatkan penyertaan daripada akar umbi parti dengan simbolik kembara konvoi yang menjelajah ke setiap bahagian.

Konvoi tersebut membawa bersama ‘Sang Saka Bangsa’ dengan penyerahan bendera  dibawa ke bahagian-bahagian yang menggambarkan semangat solidariti dalam kalangan keluarga besar parti negeri di bawah bayu itu dalam meneruskan perjuangan.

Untuk rekod kembara tersebut bermula semalam dari Kota Kinabalu merentasi setiap bahagian dan akan berakhir di Tawau pada Ahad yang merupakan tarikh sambutan ulang tahun UMNO Sabah ke-34.

Pelepasan kembara itu disempurnakan oleh Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga teruja dengan penganjuran seumpama ini dalam menyemarak semangat perjuangan dalam kalangan pendukung parti.

Turut hadir bersama Ketua Penerangan UMNO Sabah Datuk Suhaimi Nasir serta barisan kepimpinan bahagian, Pemuda dan Puteri UMNO Sabah.

Program ini juga dianjurkan dalam memperingati perjuangan UMNO Sabah yang penuh cabaran namun masih kekal relevan sehingga ke hari ini bagi memperkasa nasib rakyat di negeri ini. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit