Program Selangkah Ke Baitullah Pendedahan Awal Wanita Laksana Ibadah Umrah
KUALA LUMPUR, 20 Feb – Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berbesar hati merasmikan Program Selangkah Ke Baitullah yang diadakan semalam di Menara Dato’ Onn.
Beliau menerusi hantaran di Facebook menyifatkan penganjuran Program Selangkah Ke Baitullah yang dianjurkan oleh Wanita UMNO Malaysia ini sebagai penting memberi persediaan dan pendedahan awal untuk golongan wanita melaksanakan ibadah di tanah suci.
“Saya berkesempatan hadir bertemu dengan 130 orang peserta Program Selangkah ke Baitullah.
“Semoga peserta-peserta ini akan mendapat anugerah terindah menjadi tetamu Allah swt. Kepada yang bakal menunaikan ibadah umrah, tahniah diucapkan,” katanya.
Sementara itu beliau turut berharap mereka yang bakal menjadi tetamu Allah SWT untuk mendapat umrah yang mabrur.
Noraini malah merakamkan penghargaan kepada Ustazah Yusna Yusof yang telah membimbing peserta-peserta kursus secara teori dan praktikal.
“Didoakan semoga dipermudahkan segala urusan pergi dan balik serta mendapat umrah yang mabrur. Insyaa-Allah,” ujar beliau. – UMNO Online