Kesepaduan Gerak Kerja Menyumbang Kepada Kekuatan UMNO – Mohd Jafni

JOHOR BAHRU, 7 Feb – Ketua UMNO Bahagian Kulai, Datuk Mohd Jafni Md Shukor menegaskan bahawa kesepaduan gerak kerja di semua peringkat parti merupakan kunci utama dalam memperkukuhkan kedudukan UMNO, khususnya di Johor dan peringkat nasional.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian Kulai yang berlangsung di pejabatnya malam tadi.

Jelasnya, mesyuarat tersebut meneliti gerak kerja yang telah dilaksanakan serta merangka strategi bagi memastikan peranan UMNO di setiap peringkat, termasuk cawangan, Wanita, Pemuda, dan Puteri, terus memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat.

“Pastinya kesepaduan gerak kerja UMNO Cawangan, Wanita,Pemuda dan Puteri bersama UMNO Bahagian akan menyumbang kepada kekuatan UMNO Johor di bawah pimpinan Datuk Onn Hafiz Ghazi dan seterusnya UMNO pusat di bawah pimpinan Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,” katanya.

Datuk Mohd Jafni yang juga Exco Kerajaan Negeri Johor menegaskan komitmennya untuk memastikan UMNO Bahagian Kulai terus berperanan aktif dalam memperjuangkan kebajikan masyarakat dan memastikan parti terus relevan dalam landskap politik semasa. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit