Armand Tempelak Dakwaan Anak Muda Tolak UMNO/BN, Ajak Gandakan Usaha Dapatkan Sokongan

KUALA LUMPUR, 7 Feb – Senator Dewan Negara, Datuk Armand Azha Abu Hanifah menepis dakwaan Pengarah Eksekutif Ilham Centre Hisommudin Bakar yang mengatakan ramai pengundi atas pagar khususnya anak muda 18 hingga 20 tahun tidak menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya lalu dan akan mengulangi tindakan sama pada pilihan raya akan datang.

Menurutnya, kenyataan tersebut hanyalah pandangan peribadi dan tidak mencerminkan realiti sebenar.

“Itu hanyalah pendapat peribadi beliau, ketika Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 BN berhadapan dengan dua parti besar iaitu Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) serta menerima pelbagai serangan bertalu-talu dari kedua-dua pihak.

“… dan akhirnya UMNO/BN mendapat keputusan yang rendah dan itu merupakan sebab utama parti ini tewas pada pilihan raya untuk memenangi kerusi Parlimen. Itu adalah sebab utama penolakan besar-besaran kenapa BN gagal memenangi kerusi Parlimen dan juga menyebabkan penolakan pada PRU ke-15.

“Pendekatan sokongan orang muda telah mula kembali kepada BN sedikit demi sedikit tapi itu tidak boleh BN bertepuk sebelah tangan dan berpeluk tubuh tetapi perlu berlipat kali ganda untuk terus mendapatkan sokongan anak muda terutamnya dikawasan Tier 2,” katanya.

Mengulas lanjut, Armand yang juga Ketua UMNO Bahagian Subang menjelaskan PRU ke-16 ini adalah amat penting UMNO/BN untuk mendapat balik kerusi-kerusi yang telah gagal dimenangi lalu dan kerjasama dengan PH amat bererti.

“UMNO/BN perlu meneruskan kerjasama politik dengan PH dan mohon pucuk pimpinan memikirkan serta memberikan ruang pada parti ini untuk bertanding di kawasan bandar-bandar.

“Jangan hanya melihat di kawasan luar bandar yang sebelum ini merupakan kuat UMNO/BN tetapi dalam kerjasama politik hari ini tidak salah parti ini diberikan ruang untuk bertanding sedikit kerusi di ‘semi-urban’ dan ‘urban’ untuk lanskap politik terbaru ini.

“Janganlah hanya kita memilih untuk bertanding di kawasan majoriti Melayu. Sepatutnya dalam kerjasama politik tidak salah BN menumpukan kerusi-kerusi yang bukan melayu untuk mendapatkan sokongan dari non bumi bagi memastikan UMNO/BN terus relevan di kawasan urban dan semi-urban,” katanya lagi.

Tambahnya, beliau yakin dengan kepimpinan Presiden parti yang mampu berbincang, menambahkan kerusi dan menyelesaikan segala permasalahan demi mahu melihat UMNO/BN kembali kukuh.

“Saya yakin pucuk pimpinan parti di bawah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan membincang dan mencari jalan penyelesaian bagi memastikan UMNO/BN kembali kukuh untuk mengekalkan dan menambahkan kerusi pada pilihan raya akan datang.

“Keyakinan UMNO/BN untuk merampas kembali di kerusi-kerusi negeri pembangkang itu lebih berliku berbanding dengan kerusi-kerusi yang lain. Sekiranya dapat berunding dengan baik, insya Allah… akan mendapat kemenangan,” jelasnya.

Pada masa yang sama Armand menekankan pentingnya gerak kerja ‘retain and regain’ dalam persiapan pilihan raya akan datang.

“Pentingnya gerak kerja ‘retain and regain’ dan harus dilakukan secara konsisten selepas gagal memenangi pilihan raya lalu. Kita routine kerusi yang BN menang dan regain kerusi yang tewas sebelum ini.  

“UMNO/BN harus terapkan ‘a winning mentality’ ke dalam tiap-tiap pemikiran ahli dan pendukung-pendukung parti seluruh negara. Kurangkan ‘internal fighting’, fokus kemenangan dan letakkan politik routine and regain,” ujarnya.

Ujar beliau lagi, pastikan PRU ke 16 ini sokongan di semua pihak kembali kepada UMNO/BN untuk memenangi pilihan raya nanti. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit